Tuesday, July 20, 2010

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM ARAU

Lawatan ke perpustakaan Arau telah di adakan pada 6 dan 7 hb julai. lawatan diadakan selama dua hari di mana terdapat dua kumpulan yang berasingan. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada umur 3 tahun dan 4 tahun. Hari pertama kanak-kanak di bawah jagaan teacher hani dan teacher lin. Pada 7 hb kanak-kanak di bawah jagaan teacher fir dan teacher ct telah berpeluang melawat perpustakaan ini. Program lawatan bermula seawal 9.00 pagi sehingga 11.30 tengah hari. Pihak perpustakaan telah datang menjemput kanak-kanak menggunakan van milik perpustakaan. Keceriaan dan keterujaan kanak-kanak dapat dilihat melalui pergerakan dan juga daripada air muka mereka. Terima kasih daun keladi di ucapkan kepada pihak perpustakaan Arau kerana mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak permata ini. Antara aktiviti yang di jalankan ialah membina huruf-huruf menggunakan doh, membaca buku, bermain pelbagai permainan serta melawat rusa yang milik jabatan haiwan yang bersebelahan dengan perpustakaan ini. Terdapat juga ibu bapa yang mengikuti lawatan ini. tahniah di ucapkan kepada ibu-ibu yang dapat memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan bagi cenderahati yang diberikan kepada kanak-kanak. Moga aktiviti yang positif ini akan dapat berterusan bagi menjamin proses perkembangan yang baik. insyaALLAH.

Berikut adalah merupakan detik-detik semasa berada di Perpustakaan yang sempat dirakamkan.


No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH