Friday, July 30, 2010

HAPPY BIRTHDAY - julai

happy besday sayang...
moga dengan pertambahan usia ni akan lebih mematangkan mereka...amin..
Sambutan Besday 3 orang iaitu afham, nabil dan juga najwa yang di sambut pada bulan Julai ini.
Majlis kecil di adakan bagi meraikan mereka bertiga ni.
Bukan main seronok n teruja lagi bila masing-masing tengok kek ni.

Berikut di antara moment yg sempat di rakam..


Tuesday, July 27, 2010

MAJLIS PERPISAHAN TEACHER FIRDAUS

19 JULAI 2010 - ISNIN

Majlis sambutan perpisahan teacher Fir telah di adakan pada hari isnin di mana kesemua ahli keluarga kanak-kanak dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.. Teacher Fir akan menyambung pengajian di USM di dalam bidang yang di minati dan diharapkan semoga berjaya.. Pengalaman dan juga usaha yang ditonjolkan oleh beliau amat kami hargai. Semoga ikatan yang terjalin akan terus berpanjangan. InsyaALLAH.Kang nk nikah jgn lupa jmput kami na...nnti kami datang serang umah teacher Fir.. moh kita ramai2..

Terima kasih guru,
kan ku ingat jasamu,
dalam memajukan diriku,
dengan tampa jemu.


Hadiah daripada pendidik PAPN di sampaikan oleh ketua Pendidik

hadiah daripada PIBP di sampaikan oleh Pengerusi, En Surizan


Berikut adalah hadiah-hadiah daripada kanak-kanak di PAPN ini.

Pn Faridah (ibu ayubi)

Afiqah dan Pn Fasiha

Muhaimin

Raudah dan Pn Juliana
Nabil dan pn Norlia
Naufal

Afiq Danial dan Pn farah
Natasya
Aniq (pandang apa tu mcm x sudi nk pndg teacher Fir je???ke sedih??)


Pn Laila (Afham)

TEROWONG AJAIB

Perkembangan fizikal adalah amat penting dalam aspek perkembangan kanak-kanak. ini adalah bagi menjamin kesihatan kanak-kanak serta memantapkan lagi daya tahan mereka pada masa hadapan. Melalui aktiviti sepeerti ini kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan fizikal mereka.





Monday, July 26, 2010

KERETAPIKU..

Saya naik kereta api...cus..cus..cus..cus..cuss.
kereta api sangat panjang..cuss..cuss.. cuss.cuss..cuss..
pon pon sana..
pon pon sini..
pon sana..
pon sini..
saya sungguh gembira..hahahahaha..

Tuesday, July 20, 2010

KALUNG BUNGA

Mesti mahal rantai teacher siti tu kan???? beli kat mana la tu nisreen..

Aiman mulut sampai macam tu sekali khusyuk masukkan bunga tu... hehe..

Ni la Ayubi yang tak reti duduk diam...
tapi bila di beri bunga dan di beri peluang membuat kalung bunga, begitu khusyuk sekali untuk menyiapkannya..
Tu dia nabil begitu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kalung bunga.
Waa...cantiknya..macam princess la..
Inilah hasilnya setelah afiq bertungkus lumus memasukkan bunga di dalam tali tangsi..

Aktiviti membuat kalung bunga dapat meningkatkan lagi perkembangan motor halus dan juga koordinasi mata tangan. Melalui  memasukkan bunga pada tali tangsi dapat memberikan mereka tahap penumpuan yang tinggi dan juga meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan kalung bunga yang cantik dan menarik. Habis bunga-bunga teacher kat depan ni...hehe..tak pe la janji untuk memberikan pendedahan kepada mereka serta memberikan pengalaman mereka dalam menghasilkan kalung bunga ni...Selepas ni boleh la buat tuk mama masing-masing..

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM ARAU

Lawatan ke perpustakaan Arau telah di adakan pada 6 dan 7 hb julai. lawatan diadakan selama dua hari di mana terdapat dua kumpulan yang berasingan. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada umur 3 tahun dan 4 tahun. Hari pertama kanak-kanak di bawah jagaan teacher hani dan teacher lin. Pada 7 hb kanak-kanak di bawah jagaan teacher fir dan teacher ct telah berpeluang melawat perpustakaan ini. Program lawatan bermula seawal 9.00 pagi sehingga 11.30 tengah hari. Pihak perpustakaan telah datang menjemput kanak-kanak menggunakan van milik perpustakaan. Keceriaan dan keterujaan kanak-kanak dapat dilihat melalui pergerakan dan juga daripada air muka mereka. Terima kasih daun keladi di ucapkan kepada pihak perpustakaan Arau kerana mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak permata ini. Antara aktiviti yang di jalankan ialah membina huruf-huruf menggunakan doh, membaca buku, bermain pelbagai permainan serta melawat rusa yang milik jabatan haiwan yang bersebelahan dengan perpustakaan ini. Terdapat juga ibu bapa yang mengikuti lawatan ini. tahniah di ucapkan kepada ibu-ibu yang dapat memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan bagi cenderahati yang diberikan kepada kanak-kanak. Moga aktiviti yang positif ini akan dapat berterusan bagi menjamin proses perkembangan yang baik. insyaALLAH.

Berikut adalah merupakan detik-detik semasa berada di Perpustakaan yang sempat dirakamkan.


NAME'S OF ALLAH