Monday, August 23, 2010

HIASAN SAMBUTAN HARI MERDEKA

Selamat Hari kemerdekaan yang ke 53. Bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara, aktiviti membuat poster telah di adakan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Warna latar belakang poster di warnakan dengan menggunakan span di mana mencampurkan 2 warna iaitu warna kuning dan warna merah. Hasil kerja ini di lakukan oleh Aiman, Aniq, Ayubi, Marissa, Natasya, Aisyah, raudah dan Nisreen. kanak-kanak diberikan kebebasan dalam memilih warna dan mewarna huruf-huruf bagi hari kemerdekaan. dengan aktiviti ini akan dapat merangsang daya kreativiti kanak-kanak. Masing-masing cukup bersemangat dalam menghasilkan poster tersebut. hasilnya cukup indah dan kreatif.


HAPPY BIRTHDAY - julai (Alia)


Happy birthday Alia yang ke-4 tahun. Moga di panjangkan usia dan melalui proses pembesaran yang positif. Amin. Mudah-mudahan dengan bertambahnya umur ni Alia akan lebih matang dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu. InsyaALLAH..


Amboi cantiknya kek Alia. siap ada ikan duyung lagi.
Tapi yang penting duyung Malaysia coz ada bendera Malaysia kat tepi pantai tu.
Ha...potong kek tu elok-elok Alia, kang luka pulak ekor ikan duyung tu..
Aksi rakan lain yang tak sabar nak makan kek ikan duyung..

Wednesday, August 18, 2010

JELLYFISH

HAIWAN DI DALAM AIR..

Jelly fish ye anak-anak, bukan jelly yang leh di makan tu..kalau jelly tu memang sedap di makan..ni haiwan dalam air macam sotong, ikan, udang da ketam. Jelly fish ni dalam bahasa melayu kita sebut obor-obor.Jelly fish ni bahaya sikit kalau terkena leh gatal dan silap-silap masuk hospital terus. So, anak-anak kena hati-hati tau kalau mandi kat laut tu. Ok untuk buat obor-obor ni kita perlukan pinggan kertas, benang bulu, gunting, gam dan marker pen. nanti anak-anak tampal benang bulu ni tau.. baru leh jadi obor-obor. Lepas tu lukis muka obor-obor ada mata, hidung, mulut. Dah siap nanti kita gantung.










Sunday, August 8, 2010

SALAM RAMADHAN

SALAM RAMADHAN..

Salam ramadhan buat semua warga PAPN Tambun Tulang khasnya dan seluruh umat islam umumnya.. Di harapkan dengan kedatangan bulan Ramadhan akan tertambahnya amalan dan terhimpunlah kebaikan dalam diri kita. Dikesempatan ini Pihak Permata ingin memohon kemaafan seandainya terdapat perkara yang di sengajakan atau tidak disengajakan.
Berikut sebagai renungan kita bersama di harapkan akan dapat manfaat apabila menghayatinya..


Khutbah Rasulullah S.A.W. Dalam Menyambut Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat



Wahai manusia Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah


dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.


Bulan yang paling mulia di sisi Allah.


Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.


Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.


Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.


Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi


tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.


Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,


tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.


Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu


dengan niat yang tulus dan hati yang suci


agar Allah membimbingmu untuk


melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.


Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah


di bulan yang agung ini.






Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,


kelaparan dan kehausan di hari kiamat.


Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.


Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,


sambungkanlah tali persaudaraanmu,


jaga lidahmu, tahan pandanganmu


dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu


dari apa yang tidak halal kamu


mendengarnya.






Kasihilah anak yatim


niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.


Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.


Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa


pada waktu-waktu shalatmu


karena itulah saat-saat yang paling utama


ketika Allah ‘Azza wa Jallaa memandang


hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.


Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,


menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya


dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.






Wahai manusia !


Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu


maka bebaskanlah dengan istighfar.


Punggung-punggungmu berat


karena beban (dosa)mu maka ringankanlah


dengan memperpanjang sujudmu.






Ketahuilah


Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya


bahwa Dia tidak akan mengazab


orang-orang yang shalat dan sujud,


dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka


pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al ‘alamin.






Wahai manusia !






Barangsiapa diantaramu memberi buka


kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini


maka di sisi Allah nilainya sama dengan


membebaskan seorang budak


dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.






(Sahabat-sahabat bertanya, “Ya, Rasulullah! Tidaklah kami


semua mampu berbuat demikian”.






Rasulullah meneruskan:






Jagalah dirimu dari api neraka


walaupun hanya dengan sebiji kurma.


Jagalah dirimu dari api neraka


walaupun hanya dengan seteguk air.






Wahai manusia






Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini


ia akan berhasil melewati shirath


pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.


siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang


yang dimiliki tangan kanannya


(pegawai atau pembantu) di bulan ini,


Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.


Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,


Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan- Nya.






Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,


Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.






Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini,


Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.


Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini,


Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.






Barangsiapa melakukan shalat fardlu


baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardlu di bulan yang lain.






Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini,


Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.






Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat al Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam al Quran pada bulan- bulan yang lain.






Wahai manusia !


Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu.


Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah d dibukakan bagimu.






Setan-setan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.


Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,


“Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini ?”






Jawab Nabi’ “Ya Abal Hasan ! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..






Alhamdulillaahi rabbal ‘aalamiin.






SAMBUTAN PRA KEMERDEKAAN DAN MENYAMBUT RAMADHAN

02.08.2010
ISNIN
Berikutan menjelangnya ramadhan pihak Permata dan PIBP telah bersetuju untuk mengadakan majlis menyambut Ramadhan dan juga Sambutan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti di adakan di antaranya ialah pertandingan kolaj bendera negeri perlis bagi 3 tahun dan mewarna bendera malaysia bagi umur 4 tahun. Selain itu aktiviti peragaan fesyen yang di hasilkan daripada surat khabar mengikut tema 1 Malaysia.
Nyanyian lagu-lagu patriotik juga di alunkan bersama bagi meningkatkan lagi suasana dan menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan hadirin. Di kesempatan majlis ini juga telah di adakan bacaan Aku janji oleh ibu bapa. ini adalah kerana penglibatan ibu bapa yang semakin merosot. Aktiviti ini di lakukan bagi memberikan motivasi kepada semua ibu bapa bagi melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang di lakukan di Permata. Bacaan doa kesyukuran juga di semprnakan oleh pengerusi PIBP En Surizan bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al- mubarak ini.





Aktiviti menyanyikan lagu-pagu patriotik


Aktiviti membuat pakaian _tema: 1 Malaysia

Dan inilah hasilnya pakaian 1 Malaysia yang di hasilkan mengikut kreativiti ibu bapa...


Sesi penyampaian hadiah

Pertandingan mencipta baju dan logo PIBP Pn Fasihah


pemenang ke 3 pertandingan mewarna jalur gemilang.
-Nisreen -disampaikan oleh pengerusi PIBP En Surizan

pemenang ke 2 Ayubi


pemenang tempat pertama _Afham

Pemenang ke 3 aktiviti kolaj bendera
-Ain_ hadiah disampaikan oleh Naib pengerusi Pn lailatulnur

Pemenang ke 2 - Afiq-
Pemenang pertama - Akif-
pemenang acara peragaan pakaian ke 3 Musfirah hadiah di sampaikan oleh cik Marzaini



tempat pertama - Aisyah- disampaikan oleh Pn jamilah

Tempat ke 2- Nisreen hadiah di sampaikan oleh teacher Lin

Acara makan-makan santai di luar PAPN di temani angin sepoi-sepoi  memang syok.. sila jemput makan..

NAME'S OF ALLAH