Sunday, January 31, 2010

Aktiviti fizikal


Program Mesra Permata





Salam..



Masa hujung minggu kebiasaannya dihabiskan di rumah bersama keluarga. Namun bagi kami warga PAPN Tambun Tulang cuti hujung minggu ini dihabiskan bersama dalam mengindahkan PAPN ini. 31.1.2010 adalah hari dimana Program Mesra Permata diadakan. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.



Program ini diadakan adalah untuk mencantikkan lagi PAPN dan  ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa yang baru dan lama dalam PIBP ini sekaligus dengan pendidik. Alhamdulillah daripada jumlah 23 keluarga, 20 buah keluarga dapat memberikan komitmen terhadap program ini. Sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua ahli keluarga yang hadir.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan persekitaran dalaman dan luaran PAPN. Di samping itu mewujudkan Taman Herba dan juga Taman bunga. Walaubagaimanapun pokok-pokok herba yang di tanam tidaklah banyak, namun ini akan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali beberapa jenis herba ini. Dan pokok-pokok ini akan ditambah bilangannya. InsyaAllah.



Harapan kami warga PAPN Tambun Tulang adalah agar program ini akan dapat menjadi penyuntik semangat ibu bapa dalam menjayakan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh PAPN ini pada masa akan datang.

Thursday, January 28, 2010

Activities in PAPN



Once day in a week, we will do the nature walk. We are walking around Permata and going to the special place such as "BENDANG". In this place, they find a lot of birds and sometimes they can see fish at "tali ayaq". they love to learn something new in their life. Everybody knows that kids are feel bored if still doing the same thing. So, actually it will challenge us. As a teacher we  need to learn how to become creative and flexible. There are a lot of activities that the children interested example like colouring, painting, sand play, story telling and play football.


They also enjoy themselves by playing and learning. As a teacher we should encourage them by giving them support and help them to understand the meaning of life. They can get a lot of information and also experience through learning. Then, they will apply it in their  own life.

On this January,   5 teachers from KEMAS doing their practical here. They are from Perak and Kedah. Thank you for  a lot of ideas and help us by taking care of this cute kids.


SHARING + CARING  =  LOVING

Wednesday, January 13, 2010

Pengalaman bahagia...

Salam..

Bersua kembali. Di sini ingin dikongsi bersama kenangan dan juga pengalaman mendidik anak-anak kecil yang semua tahu belum mengenali dan memahami banyak benda. Apa yang dikata pasti dituruti. itulah yang dinamakan pemikiran belum menginjak dewasa di mana masih belum ada kuasa untuk membuat keputusan.

Indahnya zaman kanak-kanak.Jika boleh masa diputar kembali teringin rasanya nak sekolah di PERMATA. Bila ditanya pada anak kecil seronok tidak di PERMATA?? Dengan pantas menjawab "Syok, ada kawan-kawan, mandi kolam, tgok cd.Best.." Emm.. sedangkan kami pendidik merasa indah dan tenang berada di PERMATA dengan aksi dan keletah si manja apa lagi mereka. Bila difikirkan kembali memang penat. Melayan kerenah anak kecil, namun merasa terubat apabila melihat senyuman mesra mereka dengan memanggil "teacher..teacher nak colour".Ai rasa nak cubit sahaja pipi mungil mereka.

Jika diperhatikan mendidik anak yang dewasa amat berbeza berbanding dengan mendidik anak kecil. Perhatian dan juga dorongan amat diperlukan bagi membina keyakinan dalam diri mereka.
Bertindaklah secara positif dalam menangani masalah dan jangan sesekali memperlekehkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut serta memberikan hukuman secara drastik. Dan yang terpenting memperlekeh fizikal mereka. Ei Ahmat pendek!!tengok kawan-kawan lain tinggi".cuba perhatikan reaksi kanak-kanak tersebut. Sudah pastinya harga diri mereka rendah walhal mereka belum lagi faham berkaitan harga diri mereka.Oleh itu fikir-fikirkanlah dan bentuklah serta gilap "PERMATA" tersebut supaya bersinar selamanya.

Moga ringkasan ini dapat memberikan manfaat bersama.. (^_^)

Tuesday, January 12, 2010

konvokesyen 2009

MAJLIS GRADUASI PAPN
Majlis graduasi yang julung kalinya diadakan di PAPN Tambun Tulang ini amat bermakna buat pendidik serta ibu bapa kanak-kanak yang keluar pada tahun lepas iaitu 9 orang. walaupun majlis telah sebulan berlalu, namun kenangan bersama mereka masih tetap terpahat di hati.
Pihak pengurusan PAPN Tambun Tulang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai daripada PERMATA yang sanggup hadir di majlis ini iaitu En Ahmad Faiq,En Shahir, Pn Zaidah yang merupakan wakil daripada Kolej Komuniti,  Pn Salbiah wakil daripada pihak Sk Tambun Tulang serta En Syafiq pengerusi PIBP PAPN Tambun Tulang. Kerjasama yang diberikan sepanjang majlis bagi semua pihak amat dihargai. inilah hasilnya dimana kejayaaan majlis yang diserikan dengan pelbagai ragam oleh kanak-kanak di PAPN ini.
Majlis diadakan pada 5 Disember 2009 di Dewan Hafifi Kolej, Komuniti Arau, Perlis. Walaupun majlis ini tidak segah seperti majlis konvokesyen di universiti serta kolej ternama namun kesannya sungguh bermakna.Dan diharapkan anak-anak ataupun permata yang keluar ini akan tetap terus bersinar selamanya.
"Wish u All the best my dear"

Ahli keluarga PAPN Tambun Tulang merakamkan kenangan pada majlis graduasi ini.

Tentang kami...



Pusat Anak Permata Negara Tambun Tulang (PAPNTT) merupakan satu-satunya Pusat PERMATA yang dibuka di negeri Perlis setakat ini. Bangunan PAPNTT pada asalnya adalah sebuah dewan serbaguna dan telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Anak Permata Negara.


PAPNTT  telah dibuka pada 10 Disember 2007 dan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Seramai 19 orang kanak-kanak telah menyertai PAPNTT pada tahun 2007 dan bilangannya telah meningkat ke 25 orang pada tahun 2009. Pusat ini telah diterajui oleh 7 orang pendidik yang terlatih dan berdedikasi. Perjawatan terkini adalah 4 pendidik serta 1 pembantu.

NAME'S OF ALLAH