Wednesday, February 24, 2010

Pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Arau Perlis



 22 Februari 2010- ISNIN


Pertunjukan Boneka oleh staf klinik pergigian....Wah! Lucu dan menghiburkan..


Penerangan berkaitan Panduan penjagaan kesihatan mulut kanak-kanak bersama ibu bapa oleh Dr Hani


Bukan main khusyuk lagi anak2 menonton ye...amboi Pn Rosnorlia ( ibu Nabil ) pun menonton juga,tiket free lah katakan....



Klinik Pergigian turut mengadakan Pertandingan Mewarna...
Siapa menang boleh dapat berus gigi baru..ditaja oleh COLGATE...Amacam?? Ada berani??....



1,2,3...4,5..Tak pa Pn Shafarizan cuma 5 batang gigi Nur Sajidah yang rosak..
Jangan bimbang ye puan...lepas ni tak boleh la beli gula2, beli gula untuk minum petang boleh...


Wah!! Lepas ni ramai la anak2 PAPN Tambun Tulang menjaga kesihatan gigi..
Almaklumlah...takut sangat nak buka mulut bila jururawat tu nak buat pemeriksaan..




Eh..Eh..Pn Shafarizan masih lagi mendapatkan khidmat penjagaan gigi sihat daripada Sister..
Lepas ni berkilat2 la lagi gigi Nur Sajidah...Aduh!!! Silau laaa..


Alah sayang..buka mulut sikit,,nanti abang baju putih nyanyi lagu " Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyum lah dari hati, senyuman mu berseri"...itu pun berseri la kalau mahu jaga kesihatan gigi..



Anak2 sedang menunggu hon dibunyikan bagi memulakan aktiviti memberus gigi....


1,2,3....PON!!! Mula....Eh..Eh..mana aci misi tolong beruskan..ni kalau menang pun..teacher yang dapat hadiah!!!


Ikah, Nisreen, Musfirah dan Afham.. siapakah yang akan menang?
Nampaknya Musfirah berusaha bersungguh2 untuk berjaya,,,Anak Teacher Ct lah katakan..penuh semangat waja macam teacher dia juga..Musfirah! Aik! kenapa makin nak terpejam tu?...Buka mata luas2...tengok saingan yang ada!





Sesi fotografi bersama Staf KK Spg Empat, pendidik permata dan ibu bapa yang hadir...




















Terima kasih daun keladi..kalau boleh datanglah lagi....

Friday, February 12, 2010

Turun Padang




12 Febuari 2010..1.15 p.m
Lawatan singkat  Datin Seri Dato Hjh Shamsiah M.Yassin, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Pn.Melisia, Penyelaras Taska Kemas Negeri Perlis.


Proses perbincangan penglibatan sepanjang tahun 2010 antara PAPN Perlis dan masyarakat setempat.


Datin Seri meneliti Takwim PAPN Tambun Tulang 2010.


Menandatangani buku pelawat...Terima kasih atas komen yang telah diberikan.


Datin Seri memberi kata2 semangat kepada pendidik untuk terus berjuang dan berkorban masa demi melahirkan modal insan, bakal pemimpin negara di masa akan datang.

Happy Friday...February 12



Wah! Anak teacher Jem ni...lasak mcm teacher dia juga....


Eh..Eh...Apasal yang tertonggeng2 tu Muhaimin????

Macam ni lah..tolong-menolong...kita kan 1 Malaysia!!!

Amboi serius sungguh anak Teacher Ct ni..OO...dah dekat Tahun Baru Cina patut la baju warna merah..

Thursday, February 11, 2010

Program Mari Menabung bersama Tabung Haji

11 Febuari 2010 - 2.30 petang - Program Mari Menabung bersama Tabung Haji telah diadakan di PAPN Tambun Tulang ini.. Seramai 3 orang pegawai daripada Tabung Haji telah menjayakan aktiviti ini.. Tujuan utama program ini adalah bagi menggalakkan kanak-kanak menabung bagi masa depan mereka..

Mengapa Tabung Haji yang dipilih??
Ini adalah kerana bagi mendedahkan kepada kanak-kanak satu tabungan yang berunsur islamik serta faedah menabung. Ia juga membolehkan mereka menunaikan haji ataupun umrah pada masa hadapan.. Bukan bertujuan diskriminasi terhadap bank-bank lain namun pilihan Tabung Haji adalah yang terbaik pada pemikiran warga PAPN Tambun Tulang ini. Selain daripada itu adalah kerana ayah kepada kanak-kanak di PAPN ini merupakan pegawai yang berkerja di Tabung Haji ini dan sekaligus menjayakan program ini. Tabungan minimum bagi membuka akaun ialah RM2.00. Mudah dan murah.

Setiap kanak-kanak di PAPN ini digalakkan membuka akaun. Sokongan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Selain daripada kanak-kanak ahli keluarga juga boleh membuka akaun serta membuat potongan gaji. Pendidik juga mengambil peluang membuka akaun serta membuat pemotongan gaji.

Sekalung penghargaan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan hubungan positif ini akan berkekalan.. Insya Allah..

Pegawai daripada Tabung Haji

Mengisi borang ke puan??

Jangan sampai tangan hitam sampai bila-bila sudah lah..hehe..setuju ke nak poligami tu????

EVENING CIRCLE

Salam..

Petang-petang macam ni belajar di luar bangunan memang sangat seronok.Lagi-lagi selepas bangun tidur macam-macam kerenah dan aksi yang ditonjolkan mereka ni. Angin petang yang sepoi-sepoi bahasa memang mendatangkan mood nak belajar.. Leh jimat elektrik lagi.Hehe..

Anyway, memang kanak-kanak enjoy belajar kat luar ni..Belajar shape, colour, word dan macam-macam lagi..

Emm..lambatnya teacher ni!!! tak sabar dah ni..
Ni apa anak-anak???

Ha...good.. pandai anak-anak teacher ni..

Buat apa saja la muhaimin tu..macam nak melepaskan bom atom je..hehe..
Cepat-cepat rebut..nak yang ni...

Musfirah nak warna merah, hijau, biru!!!

Emm..ambil la, jangan berebut sudah lah.hehe..Main elok2 tau share dengan kawan lain..

Wonderful Playdough..

Syoknya main dough..macam-macam bentuk leh buat..permainan doh ni leh merangsang kreativti dan juga merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak..

Apa yang penting usaha kanak-kanak ni untuk merekacipta sesuatu bentuk..
Ada yang buat sosej, dan ada juga yang cetak menggunakan macam-macam bentuk..biskut raya pun ada..seronok sangat mereka sampai terleka waktu pulang ke rumah.. Siap nak bawa pulang lagi.. Setelah dijelaskan doh tu boleh main di sekolah sahaja akhirnya mengalah..




Tuesday, February 9, 2010

PENGLIBATAN IBU BAPA

penglibatan ibu bapa adalah amat dititik beratkan dalam PERMATA. Maka ini adalah sebahagian daripada aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa di PAPN Tambun Tulang ini.



Aktivti Fizikal - Gymset

Gymset..
memantapkan lagi fizikal kanak-kanak..Selain itu latihan dalam memberikan keseimbangan di tempat tinggi..
Memang seronok..Tengok sahaja muka-muka keceriaan mereka..



JOM LIPAT PAKAIAN





Antara aktivti PAPN adalah melipat pakaian bagi umur 4 tahun. Emm..bersungguh-sungguh mereka melipat pakaian. Ada yang dh pakar dalam melipat pakaian ni.. Siap tunjuk rakan lain lipat.. "Macam ni la Aiman, senang je.tengok nisreen buat..ha macam ni la" Seronok tengok mereka ni. Mana yang tidak tahu melipat pakai gulung je. Janji nampak macam terlipat. Last sekali rakan cakap "ei apasal lipat macam ni.. X cantik. Meh Aisyah tunjuk" macam-macam ragam..Tapi yang penting mereka dapat belajar cara untuk melipat pakaian dan faham kebersihan serta kekemasan diri yang patut di jaga. Itu pun sudah memadai. (^_^)






NAME'S OF ALLAH