Thursday, September 30, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA

Salam kemesraan buat ibu bapa PAPN TAMBUN TULANG..

Seperti yang telah di bincangkan pada mesyuarat lalu semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Hari Raya pada :

TARIKH: 03.10.2010
HARI      : AHAD
MASA    : 8.30 PG - 1.00 TGH HARI
TEMPAT: PAPN TAMBUN TULANG

* ibu bapa digalakkan membawa sedikit makanan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya kita.

Kerjasama daripada ibu bapa adalah amat di harapkan dalam menjayakan majlis ini.
Sama-samalah kita memanfaatkan masa-masa bersama ketika aktiviti ini.

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya belum terlambat lagi bagi pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog PAPN Tambun Tulang ini. Maaf di pinta keikhlasan di beri.

Jika diimbas kembali zaman kanak-kanak adalah indah dan menyeronokkan apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Mana tak nya pasti dapat duit raya yang banyak.. Bole la simpan dalam bank kan untuk masa hadapan. Tapi jangan ibu bapa yang gunakan duit raya untuk kepentingan lain sudah lah.

Kanak-kanak tidak akan berhenti daripada menerima maklumat terutamanya ketika usia menginjak. Ibu bapa juga mampu mendidik anak-anak pada bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Contohnya daripada aspek pendidikan moral dan juga keagamaan. Kanak-kanak di ajar menghormati bulan Ramadhan, hormat orang tua dan juga menziarahi sanak saudara.

Selain itu masa bulan Syawal ni la banyak makanan yang unik dapat di perkenalkan kepada kanak-kanak.
Contohnya jenis hidangan lauk pauk dan juga kuih muih.

Berikut adalah merupakan aktiviti yang di lakukan bagi menyambut bulan Syawal.
Mari kita lihat hasilnya..





Thursday, September 2, 2010

31 Ogos 2010

Antara aktiviti yang di jalankan adalah dengan menghasilkan perkataan MERDEKA 31 OGOS 1957 di mana kanak-kanak mewarna huruf, bendera Perlis dan juga bunga raya.



Bersemangat Aniq mewarna bendera Perlis
mana bunga rayanya nisreen??

Pengibaran jalur gemilang, mengenal warna-warna dan mengira simbol-simbol yang terdapat pada jalur gemilang


inilah dia hasilnya MERDEKA.
amboi Alia n ika macam model la pulak..
31 Ogos 1957
Kenapa kepala Ayubi n Aisyah tu teleng semacam je??
Sakit tengkuk ke??

SEMANGAT MERDEKA

Amboi-amboi masing-masing ni makan pun nak makan topi kemerdekaan ke?? Semangat betul mereka ni kan..Almaklum la topi hasil buatan sendiri memang mereka tak jemu-jemu untuk memakainya.. Apa-apa pun semangat kemerdekaan mereka amat di kagumi. nasib baik ada jalur gemilang tu, kalau tidak macam ahli silap mata la pulak..


MERDEKA!!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Apabila tibanya hari kemerdekaan pasti jalur gemilang akan dikibarkan dengan bangganya. Oleh itu, bagi memenuhi kewajipan sebagai rakyat Malaysia, Pertandingan mewarna jalur gemilang telah di adakan di kalangan kanak-kanak barumur 4 tahun dan hasilnya telah di gantung di hadapan PAPN Tambun Tulang bagi menghargai hasil kerja kanak-kanak di sini. Selain itu kanak-kanak juga di galakkan untuk melukis dan mewarna bendera negeri Perlis. Aktiviti ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan menghargai bendera di kalangan kanak-kanak. Hasilnya cukup menarik.


NAME'S OF ALLAH