Thursday, May 27, 2010

LOVELY SANDWICH


Aktiviti membuat sandwich ini adalah bagi kanak-kanak berumur 4 tahun.Terdapat pelbagai inti yang terdapat di dalam sandwich mereka ni. Ada sardin, tuna dan juga telur. Semuanya sedap di tambah dengan adanya sayur-sayuran. Melalui aktiviti ini kanak-kanak turut dapat meningkatkan pengamatan deria dan juga aspek fizikal mereka dalam membuat sandwich ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam oleh pendidik.

SAMBUTAN HARI GURU

20 MEI 2010 - 4.00 PM
Sambutan Hari Guru telah di adakan pada tarikh tersebut di mana pengurusan majlis telah di kendalikan oleh ibu bapa sepenuhnya. Ini adalah merupakan satu penghargaan besar kepada pendidik dan pekerja di Pusat Anak Permata Tambun Tulang ini. Terima kasih di ucapkan kepada semua ibu bapa di atas sambutan yang telah dilakukan.



Kek yang amat menarik dan sedap..


Di antara makanan yang di sediakan oleh ibu bapa bagi sambutan Hari Guru ini.


Di antara wajah-wajah ibu bapa yang menghadirkan diri.


Pendidik dan pembantu pusat yang di raikan..
Dr kiri teaceher Jam, Marzaini, teacher ct dan teacher hani.
Teacher Fir cuti pada hari tersebut


Pendidik praktikal yang turut diraikan..


Hadiah yang di sampaikan oleh pengerusi PIBP En Surizan
Hadiah daripada ibu bapa.
Di antara hadiah yang sempat dirakamkan..
Terima kasih di ucapkan kepada semua.

Anak-anak bermain lari-lari,
Ada juga yang berjalan kaki,
Terima kasih banyak-banyak daripada kami,
InsyaALLAH kami ikhlaskan hati dalam berbakti.

Amin..

Tuesday, May 25, 2010

JOM BERKELAH

Antara saat semasa Aktiviti berkelah di sekitar PAPN yang sempat dirakam kan oleh lensa kamera PAPN.
Macam-macam ragam yang di tonjolkan. Lihat sahaja aksi mereka ni bersemangat dalam menunggu hidangan. Tapi perkara yang wajib harus di lakukan. Baca doa sebelum makan tu perkara penting dan juga mencuci tangan. Inilah antara hasil makanan yang di hasilkan semasa membuat aktiviti Permata. Kemudian makan beramai-ramai memang syok dan nikmat sambil ditemani angin yang berhempus perlahan.

Friday, May 21, 2010

DECORATING CAKE..




Emm..pandainya mereka ni decorate cake mereka..Leh la keje kedai kek pasni..Tak pun buka kedai kek..
Boleh jana pendapatan keluarga.. 

Ibu Ayubi, Pn Faridah yang datang membuat penglibatan bulan Mei turut membantu kanak-kanak menghasilkan rekaan kek mereka.

Amboi Aiman cerianya dia..seronok la 2..

Bersungguh-sungguh mereka ni melakukan aktiviti tersebut.

Inilah hasilnya kek yang telah dihias oleh mereka.. Cantik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Daripada aktiviti ini, kanak-kanak dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dalam menghasilkan kek yang menarik dan indah. Syabas anak-anakku..Dapat lagi pengalaman baru hari ini..Moga dapat manfaat daripada aktiviti ini.

DOH YANG HEBAT!!


Kanak-kanak bersama guru praktikal menghasilkan doh. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat meningkatkan penggunaan motor halus mereka. Selain itu dalam aspek pengenalan warna-warna yang digunakan dalam menghasilkan doh. Sosio emosi mereka juga dapat ditingkatkan di mana mereka amat seronok dalam menguli doh tersebut. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan doh ialah tepung, air, minyak, pewarna dan juga garam.


Khusyuknya masing-masing dalam buat aktiviti ni..
fokus..

Teacher Ika geli la...ehehe...
Seriusnya muka Alia ni pandang apa la agknya 2..



Amboi Aiman sampai ke hidung-hidung ada warna ni.. Ai Musfirah ni pulak penuh kat tangan dia ni...x bole makan la pasni nampaknya..hehe

Gaya Alia macam nk cuci baju je...ke buat roti canai????


Capan kaki..sapa paling besar...

NAME'S OF ALLAH