Friday, December 17, 2010

FAMILY DAY

Mari kita ramai-ramai memeriahkan Hari Keluarga...


Tarikh: 17-19 Disember 2010
Tempat: SM Seri Puteri, Cyberjaya
Masa   : 8.00 Pagi
Pengangkutan: Bas disediakan

Senarai yang akan mengikuti Program Hari Keluarga ialah:

1)Aniq Fahmi
2)Musfirah
3)Nabil
4)Afiq Azhar
5)Aisyah
6)Ayubi
7)Najwa

Semoga Program ini berjalan dengan lancar.

Pada ibu bapa yang menyertai Program ini di harapkan akan dapat memberikan kerjasama di samping dapat manfaat daripada program ini. Hubungan yang akrab juga di harapkan dapat terjalin. Mudah-mudahan....

Thursday, December 9, 2010

MAJLIS GRADUASI KALI KE 2

Makluman kepada ibu bapa ;


Berikut dinyatakan beberapa maklumat berkaitan Majlis Graduasi PERMATA 2010 yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang lalu iaitu pada 11/11/2010 :-

Tarikh : 12/12/2010

Hari : Ahad

Tempat :
Dewan Al Farabi, Bahagian  Teknologi Pendidikan , Kompleks Pendidikan, Jln Stadium, 01500 Alor Star, Kedah
Berhadapan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff , Alor Setar, Kedah

Masa:  9.00 pagi – 1.30 tengah hari



Pengangkutan : Sendiri



Pakaian Ibu bapa

(Tema warna biru) Perempuan (baju kurung/kebaya) dan lelaki (baju kemeja)



Pakaian kanak-kanak
Tema warna biru) Perempuan (baju kurung dan tudung hitam) dan lelaki (baju melayu dan songkok hitam)

Kasut : kasut bertutup ( sekiranya tiada pakailah kasut yg bersesuaian)

Di harapkan kesemua ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang positif dalam menjayakan majlis ini kerana  majlis Graduasi ini julung kalinya di anjurkan bersama dua PAPN lain iaitu PAPN Kuala Ketil, Kedah, PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.

SALAM MAAL HIJRAH

Salam maal Hijrah tahun 1432 Hijrah..

Semoga pembaca blog ini sentiasa dalam lindunganNya..InsyaALLAH. Di harapkan dengan munculnya tahun baru hijrah ini akan dapat lagi mengukuhkan diri serta hubungan sesama kita.

Di sini ingin di kongsi sejarah awal yang berlaku pada bulan Muharram. Semoga kita semua dapat manfaat bersama daripada peristiwa yang berlaku ini.

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM







1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.






Pada 10 Muharam juga telah berlaku:






1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.


3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.


4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.


5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.


8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.


9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.


11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.


12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


13. Hari pertama Allah menciptakan alam.


14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


16. Allah menjadikan 'Arasy.


17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


18. Allah menjadikan alam.


19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Alhamdulillah setelah membaca peristiwa bertambah lagi ilmu kita bersama.di Harapkan dapat manfaat daripada tulisan blog ini. Mudah-mudahan..


Friday, October 29, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA

Majlis Sambutan Hari Raya telah di adakan pada 3.11.2010 (Ahad) dan berlangsung dengan meriahnya. Antara aktiviti yang di jalankan ialah menganyam ketupat palas, menghias biskut dan makan epal. Ramai ahli keluarga yang hadir bagi memeriahkan majlis. Di sini pihak pengurusan PAPN ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberikan sumbangan tenaga dan idea dalam menjayakan majlis ini. Di harapkan akan terus berkekalan kerjasama yang positif di kalangan warga PAPN ini. InsyaAllah..



Berikut di antara perisitiwa yang sempat di rakam oleh lensa kamera PAPN Tambun Tulang.


Emm..apa sajalah yang di tenung di dalam air tu??

Di antara ibu bapa yang hadir semasa majlis..khusyuk betul..

Ketua Pendidik..Siti norrehania Paiman memberikan ucapan ringkas

Pengerusi PIBP En Surizan Romli memberikan ucapan


Amboi ceria betul Pn Yuslinda kita ni menganyam ketupat palas..

Ni dia Pn Zaiton fokus..nak menang kan kena la fokus..

Amboi kembang semacam je kelongsong ketupat tu.. betul ke cara buat dia Pn Rosnorlia??

Peserta termuda yang mengikuti acara menganyam ketupat. Ili..chaiyok..

Antara peserta..

Aktiviti menghias biskut raya daripada doh dan hiasan..Acara ayah dan anak..

Ha...hias elok2 ye..

Inilah dia pemenang bagi acara menganyam ketupat palas.. tempat pertama Pn Zaiton

Tempat kedua Pn Rosmiza

Tempat ke 3 Pn Rohayu dan Najwa

Pemenang acara menghias biskut dan makan epal.. En Surizan dan Aisyah

Pemenang tempat pertama dan kedua bagi acara makan epal dan menganyam ketupat Pn Shafazila dan Aiman. Pn Rosnorlia (Nabil)

LAWATAN DARIPADA WAKIL UUM




Pada 21.10.2010, 3 orang wakil daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah datang ke Permata Tambun Tulang bagi menjalankan penyelidikan mengenai Permata. Banyak idea dapat di kongsi bersama dalam menambah baik Permata ini. Selain itu pertukaran idea dalam bahagian pengurusan PAPN juga turut dikongsi bersama. Terima kasih di ucapkan kepada wakil daripada UUM ini. Di harapkan akan ada lagi kerjasama yang erat berlangsung selepas ini. InsyaAllah..




Dari kiri Prof Madya Dr Zahyah Hanafi, Prof Nena P Valdez dan Pn Fahainis Mohd Yusof



happy besday teacher Ct

 Happy besday 2 teacher Ct. Semoga bertambah semangat dalam menjalankan tugas dan bertambah berjaya pada masa akan datang. insyaAllah..

                                                                          Amboi ceria tul teacher Ct ni..Agak-agaknya untuk umur yang ke berapa ye????

teacher Hani n teacher Ct



Makan laksa sebelum menjamu kek..

Everybody peace....

Happy besday 2 u..
Happy besday 2 u..
Happy besday 2 teacher Ct..
Happy besday 2 u..



teacher Ct n teacehr Lin berposing..

Thursday, October 28, 2010

SAPUAN FLORIDA

Program Sapuan florida bagi kali ke 2 tahun ini telah di adakan pada 3.10.2010. Terima kasih di ucapkan kepada pihak kesihatan Simpang Empat. Di harapkan dengan adanya program ini, gigi kanak-kanak di sini akan lebih terjaga dan juga dapat memberikan kesedaran kepada kanak-kanak dalam pentingnya menjaga kebersihan dan kesihatan gigi.



Berikut di antara gambar-gambar yang sempat di rakam. Macam biasa pelbagai ragam kanak-kanak yang takut untuk di periksa gigi mereka.

HAPPY BESDAY NAFIZ



 Happy Besday Nafiz yang ke 3 pada 6.10.2010.
Semoga Nafiz cepat membesar dengan lebih sihat dan menjadi anak yang soleh serta berjaya.amin.. 
Emm.. sedap kek Nafiz ni.. Kawan-kawan makan bertambah-tambah.



Thursday, September 30, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA

Salam kemesraan buat ibu bapa PAPN TAMBUN TULANG..

Seperti yang telah di bincangkan pada mesyuarat lalu semua pihak telah bersetuju untuk mengadakan Sambutan Hari Raya pada :

TARIKH: 03.10.2010
HARI      : AHAD
MASA    : 8.30 PG - 1.00 TGH HARI
TEMPAT: PAPN TAMBUN TULANG

* ibu bapa digalakkan membawa sedikit makanan bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya kita.

Kerjasama daripada ibu bapa adalah amat di harapkan dalam menjayakan majlis ini.
Sama-samalah kita memanfaatkan masa-masa bersama ketika aktiviti ini.

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya belum terlambat lagi bagi pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog PAPN Tambun Tulang ini. Maaf di pinta keikhlasan di beri.

Jika diimbas kembali zaman kanak-kanak adalah indah dan menyeronokkan apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri. Mana tak nya pasti dapat duit raya yang banyak.. Bole la simpan dalam bank kan untuk masa hadapan. Tapi jangan ibu bapa yang gunakan duit raya untuk kepentingan lain sudah lah.

Kanak-kanak tidak akan berhenti daripada menerima maklumat terutamanya ketika usia menginjak. Ibu bapa juga mampu mendidik anak-anak pada bulan Ramadhan dan juga bulan Syawal. Contohnya daripada aspek pendidikan moral dan juga keagamaan. Kanak-kanak di ajar menghormati bulan Ramadhan, hormat orang tua dan juga menziarahi sanak saudara.

Selain itu masa bulan Syawal ni la banyak makanan yang unik dapat di perkenalkan kepada kanak-kanak.
Contohnya jenis hidangan lauk pauk dan juga kuih muih.

Berikut adalah merupakan aktiviti yang di lakukan bagi menyambut bulan Syawal.
Mari kita lihat hasilnya..





Thursday, September 2, 2010

31 Ogos 2010

Antara aktiviti yang di jalankan adalah dengan menghasilkan perkataan MERDEKA 31 OGOS 1957 di mana kanak-kanak mewarna huruf, bendera Perlis dan juga bunga raya.



Bersemangat Aniq mewarna bendera Perlis
mana bunga rayanya nisreen??

Pengibaran jalur gemilang, mengenal warna-warna dan mengira simbol-simbol yang terdapat pada jalur gemilang


inilah dia hasilnya MERDEKA.
amboi Alia n ika macam model la pulak..
31 Ogos 1957
Kenapa kepala Ayubi n Aisyah tu teleng semacam je??
Sakit tengkuk ke??

NAME'S OF ALLAH