Friday, June 25, 2010

KEMURUNGAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Pengenalan
Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini.


Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.


Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari:

1)Pengalaman tekanan perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga.


2)Pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat.


3)Keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan


4)Mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak.


5)Gangguan kemerosotan hyperaktif


6)Gangguan dalam pembelajaran


7)Gangguan kekusutan (anxiety)


8)Penderaan


9)Gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku


Apakah tanda-tanda kemurungan?

Perubahan boleh ditunjukan dalam

1)Kelakuan


2)Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan


3)Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan


4)Terpinggir / terasing


5)Marah dan suka bermusuh


6)Hubungan yang tegang


7)Kerapkali tidak hadir ke sekolah


8)Hendak lari dari rumah


Kelakuan yang merosakkan diri sendiri

1)Perasaan /Emosi/Pemikiran


2)Perasaan tidak puas hati


3)Kurang tumpuan


4)Kurang keyakinan diri


5)Rasa diri tidak berguna


6)Bosan


7)Tertekan kerana disingkir


8)Cepat marah


9)Perubahan Fizikal


10)Kurang tahap tenaga kecerdasan


11)Perubahan masa tidur atau makan


12)Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya


13)Perubahan berat badan


Bilakah seseorang itu perlukan bantuan?

Adalah dinasihatkan untuk mendapat bantuan bila:


1)Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri


2)Kanak-kanak mengalami ketidak seronok yang berterusan


3)Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian



Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain?

Kemurungan dalam kanak-kanak boleh menbawa kepada;
1)Gangguan dalam proses tumbesaran


2)Gangguan dalam fungsi seperti


3)Proses pembelajaran


4)Menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru.


5)Masalah gangguan tingkah laku yang serius.


6)Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah.


7)Mencederakan diri sendiri


8)Risiko membunuh diri


Bolehkah kita berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak sedemikian?


Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak.


Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini.


Berlajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yang betul. Terapkan kepercayaan diri sendiri


Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya.


Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif


Kaunseling juga mustahak untuk

Perseorangan


Keluarga


Sekolah


Ubat mengawal tekanan perasaan akan diberikan oleh Pakar Psikiatri


Dapatkah kemurungan dielak?

Banyak cara dapat dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak seperti :
Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif


Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah


Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.


Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik


Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.

Thursday, June 24, 2010

PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK NAZIR

21 - 22 JUN 2010
Seawal 7.40 pagi nazir telah menjejakkan kaki di PAPN Tambun Tulang.Penaziran ini berlangsung selama 2 hari. Tujuan penaziran ini adalah bagi memastikan keberkesan program permata daripada pelbagai aspek iaitu Pendidik, kanak-kanak dan juga ibu bapa. Perlaksaan di taska ini di nilai terutamanya teraju utama Permata iaitu pendidik. tahap profesinalisme dalam menjalankan tanggungjawab di Permata ini dinilai dan juga dalam aspek keperibadian. Setiap aktiviti di dalam PAPN ini di ambil berat oleh nazir- nazir tersebut. Selain itu juga dalam aspek terhadap pengurusan  dan juga pembelajaran kanak-kanak di nilai. Bagi ibu bapa terdapat beberapa ibu bapa yang diberikan soal selidik terhadap keberkesanan program Permata. Setiap perkembangan kanak-kanak dan juga potensi mereka di lihat bagi memperolehi keberkesanan program yang di jalankan.
 sekalung penghargaan di ucapkan kepada En Azman dan juga En Aziz yang banyak memberikan komen membina dalam usaha memantapkan lagi pengurusan dan juga perlaksanaan program Permata ini. Mudah-mudahan dengan komen yang di berikan akan dapat memacukan hala tuju kami ke arah yang lebih positif. InsyaAllah segala teguran dan komen akan di ambil tindakan dalam kadar segera.

En Noor Azman Hanif (Perak) dan En Abd Aziz Tajudin (Perlis)

Bergambar kenangan bersama kanak-kanak di PAPN.

HARI TERAKHIR TEACHER JEM DI PAPN

Salam muhibbah dan salam 1 Malaysia...
Selamat Tinggal kenangan...
Hilangmu tiada berganti...
Tarikh 21 Jun 2010 merupakan hari terakhir teacher Jem berada di PAPN Tambun Tulang. DI kesempatan masa yang hanya tinggal sedikit di abadikan bersama pendidik dan juga kanak-kanak di Permata ini. Semoga hasil usaha dan juga curahan ilmu yang dilakukan oleh teacher Jem akan di manfaatkan oleh kanak-kanak di Permata ini. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada teacher Jem di atas kerjasama dan juga dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di Permata ini. Keceriaan yang di bawanya sentiasa akan di kenang oleh warga PAPN Tambun Tulang ini.Semoga pemergian Teacher Jem untuk KPLI akan mendapat ilmu yang terbaik dalam mendidik anak bangsa pada masa akan datang. InsyaALLAH..




Bergambar kenangan bersama kanak-kanak dan juga pendidik Permata.. 2 dari kiri teacher Jem..
Di sebelah hujung sekali pendidik baru iaitu teacher Lin...
Welcome to PAPN Tambun Tulang. Semoga bersemangat dalam mendidik anak-anak di PAPN Tambun Tulang ini.. InsyaALLAH..

Hadiah daripada pendidik dan juga pembantu pusat..

Hadiah daripada Nabil Ariff

Hadiah daripada Afham..
Hadiah daripada Pn Zaiton (mama Musfirah)

Hadiah daripada PIBP.
Disampaikan oleh naib Pengerusi PIBP Pn Lailatulnor Ibrahim

Naik basikal melalui titi,
terlanggar batu lalu berhenti, 
Datang- datanglah menjenguk kami,
moga ingatan tulus di hati...

SAMBUTAN HARI BAPA DAN MAJLIS PERPISAHAN TEACHER JEM

18 JUN 2010 3.30 pm
Sambutan hari Bapa dan Majlis Perpisahan teacher Jem telah diadakan pada hari Jumaat tersebut. Aktiviti ini di lakukan adalah bagi menghargai ayah dan juga khidmat teacher Jem di PAPN ini. Seramai 5 orang bapa yang hadir bagi memeriahkan majlis. Kesibukan dan kesuntukan waktu menyebabkan bapa-bapa tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Lebih ramai ibu-ibu yang hadir berbanding bapa-bapa. Majlis di serikan lagi anak-anak menghadiahkan hasil kerja mereka kepada bapa masing-masing. Si bapa malu-malu dan tersenyum simpul semasa menerima cenderahati tersebut. Anak-anak pula begitu teruja dalam memberikan hadiah tersebut. lihat sahaja aksi mereka.
Anyway, semoga hubungan di antara bapa dan keluarga masing-masing berkembang positif dalam menjadikan keluarga yang harmoni...Amin...insyaALLAH..Dan untuk teacher Jem semoga mendapat ilmu yang manfaat semasa mengikuti kursus KPLI tersebut.

SELAMAT HARI BAPA
&
SALAM PERPISAHAN UNTUK TEACHER JEM


Kek yang amat sedap di dedikasikan untuk bapa-bapa tersayang.

Ucapan daripada wakil bapa oleh En Rahim

Cenderamata yang di berikan oleh sajidah kepada bapa tersayang, En Rahim

Bersemangat Naufal memberikan hadiah cenderamata kepada abah, En SaifulAmri

Hadiah yang diberikan oleh Ain kepada abah tersayang, En Nizam

Nabil berlari-lari semasa ingin memberikan cenderamata kepada abah, En Zulhisyam
Begitu teruja sekali..
Acara memotong kek..Malu-malu mereka semasa acara memotong kek di samping para ibu-ibu menyanyikan lagu untuk bapa-bapa..

Its time to eat...

Amboi sedapnya..
Antara hidangan yang di bawa oleh ibu bapa bagi menjayakan majlis tersebut.

Thursday, June 17, 2010

POKOK SAYA

Aktiviti membuat pokok menggunakan doh..Aktiviti ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak dan juga dapat meingkatkan daya imaginasi mereka.. Pelbagai bentuk pokok yang telah di hasilkan ada yang gemuk, ada yang kurus, ada yang tinggi ada yang randah. Dan apabila ditanya mengapa mereka menghasilkan rekaan sebegitu mereka mempunyai alasan yang tersendiri. Good Job dear..(^_^)

HAPPY BIRTHDAY - june

26 Mei 2010 (Ayubi)
15 jun 2010 (Raudah17 jun 2010 (Afiq)

Di antara kanak-kanak yang menyambut Hari lahir pada bulan jun dan akhir bulan Mei iaitu Ayubi, Raudah dan juga Afiq. Semoga panjang umur dan bertambah baik dalam ke enam-enam komponen perkembangan. InsyaAllah teacher2 kat sini doakan. Amin..

Monday, June 14, 2010

PUZZLE


Aktiviti puzzle amat digemari oleh kanak-kanak di Pusat Permata ini.. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat meningkatkan daya pemikiran logik mereka dan juga pra- matematik. Walaupun kadang-kadang cantuman mereka tidak menjadi namun usaha yang di tunjukkan oleh mereka amat baik sekali. Aktiviti ini di jalankan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun.Cantuman buah-buahan seperti strawberry, limau dan juga tembikai. Bagi kumpulan kecil lain pula mereka berpeluang membuat puzzle mereka sendiri. Proses daripada mewarna, menampal dan juga menggunting menjadi bahagian-bahagian kecil. Peningkatan sosioemosi mereka dapat dilihat apabila mereka berjaya mencantumkan puzzle tersebut sambil berkata: "Musfirah dapat buat teacher, kawan-kawan Musfirah dapat buat ni". sambil menunjukkan ke arah cantuman tersebut..Bukan main lebar lagi senyumannya dan mengharapkan pujian daripada teacher.



Aisyah yang cuba mencantumkan gambar limau...bersungguh betul nampaknya..


3 orang ni pulak memerhatikan pendidik menunjukkan cara mencantum puzzle buah tembikai sebelum mereka di benarkan mencantumkan puzzle tersebut. Bukan main khusyuk lagi.


Ini Aniq, cuba mencantumkan gambar strawberry..
setelah mencuba beberapa kali akhirnya Aniq berjaya juga.

Masing-masing cuba mencantumkan puzzle buah-buahan
Bagi kumpulan ini pula mereka membuat puzzle mereka sendiri.
Dengan cara ini mereka akan dapat pengalaman dalam penghasilan puzzle dan lebih menghargai puzzle yang dihasilkan oleh mereka sendiri.


NAME'S OF ALLAH