Thursday, March 25, 2010

GOTONG ROYONG

Aktiviti yang sangat digemari kanak-kanak di PAPN ini adalah bermain sabun dan air. Apabila diadakan aktiviti mencuci pondok dan katil bukan main teruja lagi mereka. Almaklum lah boleh main air dan sabun sambil simbah-simbah rakan lain sambil berus katil dan cuci pondok. Banyak perkara yang boleh diterapkan dalam aktiviti ini terutamanya daripada aspek menjaga kebersihan. Kepentingan menjaga aspek kebersihan bukan hanya ditekankan kepada kebersihan diri malahan kepada barang-barang kepunyaan mereka sendiri.
Diharapkan dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak di PAPN ini akan dapat mempraktikkannya di rumah dan juga di persekitaran mereka. InsyaALLAH sama-samalah kita berdoa untuk melahirkan modal insan yang terbaik di antara yang terbaik.

SAPUAN FLORIDA

Aktiviti ini adalah bagi menjaga kesihatan gigi kanak-kanak. Sapuan Florida ini disempurnakan oleh Jabatan kesihatan negeri Perlis cawangan Arau. Program Sapuan Florida ini dilakukan dalam tempoh setiap 6 bulan. Sekurang-kurangnya kanak-kanak mendapat sapuan florida 4 kali bagi menjaga kesihatan diri mereka. Sambutan daripada ibu bapa adalah sangat menggalakkan. ini menunjukkan tahap kesedaran dan juga komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh ibu bapa dalam menjayakan aktiviti ini. Selain itu adalah juga memastikan anak-anak mereka mendapat penjagaan gigi yang baik.
Penerimaan kanak-kanak terhadap program ini adalah baik. Hanya segelintir sahaja yang menangis. Terutamanya kanak-kanak yang baru masuk ke PAPN ini. Almaklum la tengok sahaja peralatan yang mereka gunakan. Memang agak menakutkan bagi mereka yang belum pernah melihatnya. Tapi alhamdulillah program berjalan lancar dan keseluruhan kanak-kanak menerima sapuan florida kecuali mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
Sekalung Perhargaan diucapkan kepada pihak Jabatan kesihatan Pergigian kerana sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi, tiba masa kita jumpa lagi.



Wonderful playdough...

Bermain playdough dapat meningkatkan daya kreatif dan juga daya imaginasi kanak-kanak.

Ai gembiranya wajah-wajah mereka ni.almaklum la dapat main playdough ni..seronok bukan main.




Amboi macam-macam bentuk dibuatnya.. ok la tu..

Wednesday, March 24, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN - KLINIK SIMPANG 4


Pemeriksaan kanak-kanak adalah amat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. ini adalah bagi memastikan perkembangan kanak-kanak mengikut perkembangan yang positif berdasarkan tahap umur mereka. Terutamanya dari aspek berat, tinggi dan kesihatan dalaman kana-kanak.
Usaha dalam menjalankan aktiviti ini amat di hargai.
Antara aktiviti yang dijalanjan ialah pemeriksaan seluruh badan dan juga mata. Pemeriksaan terhadap mata kanak-kanak baru diperkenalkan. ini adalah kerana pemeriksaan ujian tahap penglihatan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Melalui ujian ini kita dapat melihat ketepatan penglihatan mata dan juga koordinasi di antara mata dan tangan.







Antara staff klinik simpang 4 yang hadir bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak di PAPN ini.


Penelitian terhadap buku rekod perkembangan kanak-kanak sebelum di periksa.



Pemeriksaan terhadap mata di mana kanak-kanak di arahkan menunjukkan kad mengikut gambar yang ditunjukkan. Huruf adalah huruf E.




Pemeriksaan terhadap keseluruhan anggota badan bagi memastikan kanak-kanak tiada masalah dalam perkembangan mereka..

Friday, March 19, 2010

MY FRIENDS



Aktiviti mewarna gambar rakan kanak-kanak yang terdapat di PAPN dan sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mengetahui mengenai jenis-jenis rakan yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak ini seperti kurus, gemuk, tinggi, rendah, kerinting, dan lurus. Konsep perbezaan di antara 2 kanak-kanak dapat ditunjukkan melalui aktiviti ini. Sosio emosi kanak-kanak juga dapat ditingkatkan.

LETS EAT TOGETHER..

RUMAHKU SYURGAKU..

Melalui aktiviti kolaj rumah ini kanak-kanak akan dapat memahami konsep tempat tinggal mereka yang sangat cantik di mana rumah adalah tempat untuk berlindung daripada panas, hujan dan pelbagai bahaya di luar. Selain daripada itu juga kanak-kanak boleh meningkatkan lagi daya kreativiti mereka dalam menghasilkan sesuatu tang menarik dan bernilai. Di samping itu kanak-kanak juga dapat meningkatkan penggunaan motor halus serta deria mereka. Dengan adanya aktiviti yang dapat menarik minat mereka, akan mendatangkan 'mood' yang positif dalam aspek pembelajaran di masa akan datang. Usaha ini harus dipuji.


Thursday, March 18, 2010

HAPPY BIRTHDAY AIMAN


LETS COOKING

Children enjoy cooking. Sometimes they like the product, but even if they don't, they always appreciate the process. It's fun to do something that is a grown-up activity and discover that kids can do it too!

What's Learned Since cooking is a basic life skill, it fosters a child's sense of competence and independence when he can do it. Math skills are also an important part of the process as the cook needs to count and measure the ingredients. Cooking also refines small-motor skills as a child stirs, dices, and adds ingredients. It also teaches about nutrition-foods that are good for you and help you grow.

A child also discovers how things change if you alter the environment: liquid batter becomes a cake when baked; juice cups become popsicles when frozen. Cooking also helps a child's reasoning ability. He learns cause and effect. "If I don't put the juice cups in the freezer, they won't become popsicles."



                                   
    

Tengok2...Tinjau2

Sekali lagi PAPN Tambun Tulang menerima kedatangan
Datin Seri Dato Hajah Shamsiah M. Yassin,Naib Ketua Wanita UMNO, Bahagian Arau.
Datin Seri begitu prihatin dan sudi meluangkan masa bagi meninjau aktiviti dan bersama-sama merancang program yang dapat meningkatkan lagi perkembangan awal kanak-kanak.
Kerjasama positif yang diberikan amat dihargai dan diharapkan ianya akan berterusan..


 


Wednesday, March 10, 2010

Circle Time

Some teachers hold circle time first thing in the morning as a way of organizing the class and the morning activities.Morning circle sounds interesting to this children.Generally teachers begin this group time with a specific topic for discussion. It may be a topic related to a project the class is working on, or it may focus on a specific skill. For example, in the beginning of the year, the teacher may play games to help the children learn the names of each of their classmates. Students may also use the time for "show and tell." Teachers often also include music appreciation, group sings, and creative movement during circle time.


What's Learned These "chats" are an opportunity for the youngsters to learn how to organize their thoughts. As they talk about their experiences, children learn how to tell a story with a beginning, middle,and end. When a child learns the words to "The Itsy Bitsy Spider" or "I Know an Old Lady Who Swallowed a Fly," this is an important part of a child's informal education. This is "shared knowledge between teacher and students.

The important thing in this morning circle is this children enjoy their learning process without worry anything.

Thursday, March 4, 2010

THUMBNAIL PRINT


Mengecop adalah salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh kanak-kanak di PAPN ini. Terutamanya penggunaan warna air memang semua teruja..
Tak sabar-sabar.. Sampai ada tertumpah warna..
Haaa..mula la episod..
Haaaa....sapa buat tak tau..habaq kat teacher na..
Siap berbalas-balas lagi..bukan balas pantun tau..haha..
Tapi pujian diberikan kerana mereka mengaku siapa yang lakukan perkara tersebut.. ok la tu sekurang-kurangnya mereka tahu bertanggungjawab sekiranya melakukan sesuatu..
Hasilnya cantik sangat sebab warna menarik...pandainya anak-anak teacher ni hehe..







FRAME GAMBAR 3 TAHUN

Aktiviti frame gambar ni adalah bertujuan untuk meningkatkan pemikiran kreatif mereka disamping meningkatkan motor halus mereka. Dalam aktiviti ini kanak-kanak diajar mewarna, menggunting dan juga menampal gambar yang siap di warna pada frame tersebut..




Eeh..gambar Ain tersenget la plak..kene tiup angin ke???huhu..

Amboi Najwa seksi betul hehe..
Begitu tekun sekali mereka membuat frame gambar ni..bgusnya..fokus..
Macam-macam gaya yang ditonjolkan demi menghasilkan karya yang menarik..syabas..
tp ada kaki terlebih buka lak..hehe..janji hasil tip top..

Amboi Najwa rajinnya dia bantu Afiq ada apa-apa ke???hehe..gosip2..
Moralnya tu la sifat yang dapat dipupuk iaitu berkerjasama dan juga saling tolong menolong antara satu sama lain dalam melakukan sesuatu..

Diharapkan dengan adanya aktiviti ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan motor halus dan juga daya kreativiti kanak-kanak.

Tuesday, March 2, 2010

Parachute..

Hari ini kita belajar gunakan parachute..seronok..


Semua pegang kuat-kuat..
1,2,3..ha lambung..
Alamak!!! bola nak jatuh lak..


Emm..sajidah kutip..cepat sikit..

ha!!!tinggi lagi...lagi cepat-cepat!!!

Kalau la gunakan parachute ni bole terbang mesti lebih seronok.. tapi semua tu kalau la..hehe

Anyway dengan membuat aktiviti ini kanak-kanak boleh meningkatkan perkembangan fizikal disamping berkomunikasi di antara satu sama lain..

NAME'S OF ALLAH