Pages

Monday, January 31, 2011

SALAM PERPISAHAN

Salam perpisahan buat semua daripada teacher Hani n teacher Lin.. di harapkan anak-anak di PAPN ini akan terus mengingati teacher sepanjang perkenalan kita. Dan kepada ibu bapa, di harapkan dapat memberikan kerjasama kepada pendidik baru yang akan menggantikan tempat kami.

Sejuta kemaafan di pohon pada kalian semua seandainya ada perkara yang tidak disengajakan. Kami berharap akan adanya kesinambungan yang berlaku di rumah terutamanya dalam mengembangkan ke enam-enam komponen perkembangan tersebut. Salam kasih sayang daripada teacher. Banyak kenangan yang akan di abadikan bersama kalian semua.. Doakan semoga kami baik2 sahaja di tempat baru.. Amin..



Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.

InsyaAllah...

Monday, January 17, 2011

MESYUARAT KALI PERTAMA TAHUN 2011

MEMO


Ruj: PAPN(PERLIS) (2 /1)2011

Tarikh : 17/1/2011

Makluman kepada ibu bapa mesyuarat PIBP kali Pertama bagi tahun 2011 akan di adakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2011

Masa: 4 Petang

Tempat: PAPN Tambun Tulang

Ibu/bapa/penjaga wajib hadir pada mesyuarat tersebut. Kerjasama daripada ibu bapa adalah amat di harapkan.



Bola yang bulat bergolek laju,

Kalau berbentuk segiempat pasti goleknya lambat,

Kalau ingin PIBP Tambun Tulang Maju,

Tingkatkan prestasi saling bermuafakat….

Sekian terima Kasih….



Yang menjalankan tugas,

………………………………………………

(SITI NORREHANNIA PAIMAN)

Ketua Pendidik PAPN Tambun Tulang

HARI KELUARGA DI CYBERJAYA

HARI KELUARGA PERMATA 1 MALAYSIA
TARIKH: 17-19 DISEMBER 2010
TEMPAT: SEK SERI PUTERI CYBERJAYA


ANTARA GAMBAR KENANGAN YANG SEMPAT DI RAKAM...














MAJLIS MAKAN MALAM DI SEK SERI PUTERI


TEMPAT: PUSAT SAINS NEGARA
TARIKH: 19 DISEMBER 2010