Tuesday, July 20, 2010

KALUNG BUNGA

Mesti mahal rantai teacher siti tu kan???? beli kat mana la tu nisreen..

Aiman mulut sampai macam tu sekali khusyuk masukkan bunga tu... hehe..

Ni la Ayubi yang tak reti duduk diam...
tapi bila di beri bunga dan di beri peluang membuat kalung bunga, begitu khusyuk sekali untuk menyiapkannya..
Tu dia nabil begitu bersungguh-sungguh dalam menghasilkan kalung bunga.
Waa...cantiknya..macam princess la..
Inilah hasilnya setelah afiq bertungkus lumus memasukkan bunga di dalam tali tangsi..

Aktiviti membuat kalung bunga dapat meningkatkan lagi perkembangan motor halus dan juga koordinasi mata tangan. Melalui  memasukkan bunga pada tali tangsi dapat memberikan mereka tahap penumpuan yang tinggi dan juga meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan kalung bunga yang cantik dan menarik. Habis bunga-bunga teacher kat depan ni...hehe..tak pe la janji untuk memberikan pendedahan kepada mereka serta memberikan pengalaman mereka dalam menghasilkan kalung bunga ni...Selepas ni boleh la buat tuk mama masing-masing..

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH