Friday, December 17, 2010

FAMILY DAY

Mari kita ramai-ramai memeriahkan Hari Keluarga...


Tarikh: 17-19 Disember 2010
Tempat: SM Seri Puteri, Cyberjaya
Masa   : 8.00 Pagi
Pengangkutan: Bas disediakan

Senarai yang akan mengikuti Program Hari Keluarga ialah:

1)Aniq Fahmi
2)Musfirah
3)Nabil
4)Afiq Azhar
5)Aisyah
6)Ayubi
7)Najwa

Semoga Program ini berjalan dengan lancar.

Pada ibu bapa yang menyertai Program ini di harapkan akan dapat memberikan kerjasama di samping dapat manfaat daripada program ini. Hubungan yang akrab juga di harapkan dapat terjalin. Mudah-mudahan....

Thursday, December 9, 2010

MAJLIS GRADUASI KALI KE 2

Makluman kepada ibu bapa ;


Berikut dinyatakan beberapa maklumat berkaitan Majlis Graduasi PERMATA 2010 yang telah dibincangkan pada mesyuarat yang lalu iaitu pada 11/11/2010 :-

Tarikh : 12/12/2010

Hari : Ahad

Tempat :
Dewan Al Farabi, Bahagian  Teknologi Pendidikan , Kompleks Pendidikan, Jln Stadium, 01500 Alor Star, Kedah
Berhadapan Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff , Alor Setar, Kedah

Masa:  9.00 pagi – 1.30 tengah hari



Pengangkutan : Sendiri



Pakaian Ibu bapa

(Tema warna biru) Perempuan (baju kurung/kebaya) dan lelaki (baju kemeja)



Pakaian kanak-kanak
Tema warna biru) Perempuan (baju kurung dan tudung hitam) dan lelaki (baju melayu dan songkok hitam)

Kasut : kasut bertutup ( sekiranya tiada pakailah kasut yg bersesuaian)

Di harapkan kesemua ibu bapa dapat memberikan kerjasama yang positif dalam menjayakan majlis ini kerana  majlis Graduasi ini julung kalinya di anjurkan bersama dua PAPN lain iaitu PAPN Kuala Ketil, Kedah, PAPN Kepala Batas, Pulau Pinang.

SALAM MAAL HIJRAH

Salam maal Hijrah tahun 1432 Hijrah..

Semoga pembaca blog ini sentiasa dalam lindunganNya..InsyaALLAH. Di harapkan dengan munculnya tahun baru hijrah ini akan dapat lagi mengukuhkan diri serta hubungan sesama kita.

Di sini ingin di kongsi sejarah awal yang berlaku pada bulan Muharram. Semoga kita semua dapat manfaat bersama daripada peristiwa yang berlaku ini.

PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM







1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.






Pada 10 Muharam juga telah berlaku:






1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.


2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.


3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.


4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.


5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.


6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.


7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.


8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.


9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.


10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.


11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.


12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.


13. Hari pertama Allah menciptakan alam.


14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.


15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.


16. Allah menjadikan 'Arasy.


17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.


18. Allah menjadikan alam.


19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.


20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Alhamdulillah setelah membaca peristiwa bertambah lagi ilmu kita bersama.di Harapkan dapat manfaat daripada tulisan blog ini. Mudah-mudahan..


NAME'S OF ALLAH