Thursday, June 24, 2010

PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK NAZIR

21 - 22 JUN 2010
Seawal 7.40 pagi nazir telah menjejakkan kaki di PAPN Tambun Tulang.Penaziran ini berlangsung selama 2 hari. Tujuan penaziran ini adalah bagi memastikan keberkesan program permata daripada pelbagai aspek iaitu Pendidik, kanak-kanak dan juga ibu bapa. Perlaksaan di taska ini di nilai terutamanya teraju utama Permata iaitu pendidik. tahap profesinalisme dalam menjalankan tanggungjawab di Permata ini dinilai dan juga dalam aspek keperibadian. Setiap aktiviti di dalam PAPN ini di ambil berat oleh nazir- nazir tersebut. Selain itu juga dalam aspek terhadap pengurusan  dan juga pembelajaran kanak-kanak di nilai. Bagi ibu bapa terdapat beberapa ibu bapa yang diberikan soal selidik terhadap keberkesanan program Permata. Setiap perkembangan kanak-kanak dan juga potensi mereka di lihat bagi memperolehi keberkesanan program yang di jalankan.
 sekalung penghargaan di ucapkan kepada En Azman dan juga En Aziz yang banyak memberikan komen membina dalam usaha memantapkan lagi pengurusan dan juga perlaksanaan program Permata ini. Mudah-mudahan dengan komen yang di berikan akan dapat memacukan hala tuju kami ke arah yang lebih positif. InsyaAllah segala teguran dan komen akan di ambil tindakan dalam kadar segera.

En Noor Azman Hanif (Perak) dan En Abd Aziz Tajudin (Perlis)

Bergambar kenangan bersama kanak-kanak di PAPN.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH