Thursday, June 24, 2010

HARI TERAKHIR TEACHER JEM DI PAPN

Salam muhibbah dan salam 1 Malaysia...
Selamat Tinggal kenangan...
Hilangmu tiada berganti...
Tarikh 21 Jun 2010 merupakan hari terakhir teacher Jem berada di PAPN Tambun Tulang. DI kesempatan masa yang hanya tinggal sedikit di abadikan bersama pendidik dan juga kanak-kanak di Permata ini. Semoga hasil usaha dan juga curahan ilmu yang dilakukan oleh teacher Jem akan di manfaatkan oleh kanak-kanak di Permata ini. Jutaan terima kasih di ucapkan kepada teacher Jem di atas kerjasama dan juga dedikasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab di Permata ini. Keceriaan yang di bawanya sentiasa akan di kenang oleh warga PAPN Tambun Tulang ini.Semoga pemergian Teacher Jem untuk KPLI akan mendapat ilmu yang terbaik dalam mendidik anak bangsa pada masa akan datang. InsyaALLAH..




Bergambar kenangan bersama kanak-kanak dan juga pendidik Permata.. 2 dari kiri teacher Jem..
Di sebelah hujung sekali pendidik baru iaitu teacher Lin...
Welcome to PAPN Tambun Tulang. Semoga bersemangat dalam mendidik anak-anak di PAPN Tambun Tulang ini.. InsyaALLAH..

Hadiah daripada pendidik dan juga pembantu pusat..

Hadiah daripada Nabil Ariff

Hadiah daripada Afham..
Hadiah daripada Pn Zaiton (mama Musfirah)

Hadiah daripada PIBP.
Disampaikan oleh naib Pengerusi PIBP Pn Lailatulnor Ibrahim

Naik basikal melalui titi,
terlanggar batu lalu berhenti, 
Datang- datanglah menjenguk kami,
moga ingatan tulus di hati...

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH