Saturday, May 15, 2010

SAMBUTAN HARI IBU

09.05.2010 - AHAD ,8.30 PG - 12.30 TGH HARI

Sambutan Hari ibu telah di adakan di Pusat Anak Permata Tambun Tulang. Sambutan Hari Ibu ini di adakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada kanak-kanak bagi menghargai ibu yang telah memberikan kasih sayang dan juga nilai jagaan yang amat tinggi kepada mereka. Melalui program ini kanak-kanak dapat memahami konsep menghormati dan juga mempertingkatkan nilai pemahaman perasaan kasih sayang serta memupuk nilai murni mereka. Bukan sahaja kanak-kanak yang mendapat manfaat daripada program ini, ibu bapa juga mendapat manfaat di mana mereka dapat lebih mengeratkan lagi hubungan sesama mereka dan juga pendidik. Khususnya bagi pihak ibu yang diraikan mereka akan merasakan di hargai dan juga di kasihi. Pelbagai aktiviti yang telah di adakan di antaranya ialah bingo, perkataan tersembunyi, teka silang kata, membuat sandwich, menghias makanan, persembahan anak-anak dan juga penyampaian cenderamata untuk ibu-ibu. Sambutan yang di berikan daripada ibu bapa amat di hargai dan semoga akan terus berpanjangan bagi aktiviti-aktiviti lain. Kepada mereka yang tidak dapat menghadirkan diri insyaAllah akan ada lagi program lain.

Anak-anak menggosok gigi,
Latihan untuk menjaga kebersihan diri,
Terima kasih daun keladi,
Ada program lain jangan lupa sertai.

Sekian terima kasih...

Berikut adalah merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat di rakamkan oleh lensa pihak Permata.. Macam-macam ragam ibu bapa dapat dilihat. Anywany ibu bapa semua memang sporting. Tahniah di ucapkan kepada yang memberikan sokongan terhadap program ini. hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh pengerusi PIBP En Surizan.





No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH