Wednesday, May 12, 2010

MOBILE MAKANAN

Oleh kerana tema bulan mei ni makanan...so aktiviti hari ini adalah bagi menghasilkan mobile makanan seperti minuman, burger, sup, jelly, kentang goreng, dan milk shake.
Kanak-kanak diberi peluang mewarna bahan-bahan terbuang bagi menghasilkan mobile makanan ini..
bagi menghasilkan kentang goreng, kanak-kanak mewarna batang aiskrim dan cawan kertas sebagai bekasnya. Kemudian dalam menghasilkan minuman kanak-kanak diberi peluang mewarna cawan kertas mengikut kreativiti mereka sendiri.. Bagi menghasilkan roti burger kanak-kanak digalakkan mewarna pinggan kertas dan surat khabar yang dijadikan bentuk bulat pula diwarnakan dengan warna coklat bagi menghasilkan daging burger. Semua kanak-kanak kelihatan teruja, lihat sahaja wajah-wajah mereka ni kan.
Amboi Airil dan Nafiz ni semangat mewarna bagi menghasilkan mangkuk untuk bubur..
Ain dengan Afiq pula mewarna cheese untuk diletakkan pada burger.
Haa...yang 4 orang ni pula mewarna kentang goreng...nyam...nyamm...sedapnya..

Dan inilah hasilnya burger Permata Tambun Tulang dan juga makanan-makanan lain yang nampaknya enak sekali.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH