Thursday, March 25, 2010

SAPUAN FLORIDA

Aktiviti ini adalah bagi menjaga kesihatan gigi kanak-kanak. Sapuan Florida ini disempurnakan oleh Jabatan kesihatan negeri Perlis cawangan Arau. Program Sapuan Florida ini dilakukan dalam tempoh setiap 6 bulan. Sekurang-kurangnya kanak-kanak mendapat sapuan florida 4 kali bagi menjaga kesihatan diri mereka. Sambutan daripada ibu bapa adalah sangat menggalakkan. ini menunjukkan tahap kesedaran dan juga komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh ibu bapa dalam menjayakan aktiviti ini. Selain itu adalah juga memastikan anak-anak mereka mendapat penjagaan gigi yang baik.
Penerimaan kanak-kanak terhadap program ini adalah baik. Hanya segelintir sahaja yang menangis. Terutamanya kanak-kanak yang baru masuk ke PAPN ini. Almaklum la tengok sahaja peralatan yang mereka gunakan. Memang agak menakutkan bagi mereka yang belum pernah melihatnya. Tapi alhamdulillah program berjalan lancar dan keseluruhan kanak-kanak menerima sapuan florida kecuali mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
Sekalung Perhargaan diucapkan kepada pihak Jabatan kesihatan Pergigian kerana sudi meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi, tiba masa kita jumpa lagi.



No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH