Wednesday, March 24, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN - KLINIK SIMPANG 4


Pemeriksaan kanak-kanak adalah amat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. ini adalah bagi memastikan perkembangan kanak-kanak mengikut perkembangan yang positif berdasarkan tahap umur mereka. Terutamanya dari aspek berat, tinggi dan kesihatan dalaman kana-kanak.
Usaha dalam menjalankan aktiviti ini amat di hargai.
Antara aktiviti yang dijalanjan ialah pemeriksaan seluruh badan dan juga mata. Pemeriksaan terhadap mata kanak-kanak baru diperkenalkan. ini adalah kerana pemeriksaan ujian tahap penglihatan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Melalui ujian ini kita dapat melihat ketepatan penglihatan mata dan juga koordinasi di antara mata dan tangan.







Antara staff klinik simpang 4 yang hadir bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak di PAPN ini.


Penelitian terhadap buku rekod perkembangan kanak-kanak sebelum di periksa.



Pemeriksaan terhadap mata di mana kanak-kanak di arahkan menunjukkan kad mengikut gambar yang ditunjukkan. Huruf adalah huruf E.




Pemeriksaan terhadap keseluruhan anggota badan bagi memastikan kanak-kanak tiada masalah dalam perkembangan mereka..

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH