Sunday, January 31, 2010

Program Mesra Permata





Salam..



Masa hujung minggu kebiasaannya dihabiskan di rumah bersama keluarga. Namun bagi kami warga PAPN Tambun Tulang cuti hujung minggu ini dihabiskan bersama dalam mengindahkan PAPN ini. 31.1.2010 adalah hari dimana Program Mesra Permata diadakan. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.



Program ini diadakan adalah untuk mencantikkan lagi PAPN dan  ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ibu bapa yang baru dan lama dalam PIBP ini sekaligus dengan pendidik. Alhamdulillah daripada jumlah 23 keluarga, 20 buah keluarga dapat memberikan komitmen terhadap program ini. Sekalung tahniah dan terima kasih di ucapkan kepada semua ahli keluarga yang hadir.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah membersihkan persekitaran dalaman dan luaran PAPN. Di samping itu mewujudkan Taman Herba dan juga Taman bunga. Walaubagaimanapun pokok-pokok herba yang di tanam tidaklah banyak, namun ini akan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali beberapa jenis herba ini. Dan pokok-pokok ini akan ditambah bilangannya. InsyaAllah.



Harapan kami warga PAPN Tambun Tulang adalah agar program ini akan dapat menjadi penyuntik semangat ibu bapa dalam menjayakan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh PAPN ini pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH