Tuesday, January 12, 2010

konvokesyen 2009

MAJLIS GRADUASI PAPN
Majlis graduasi yang julung kalinya diadakan di PAPN Tambun Tulang ini amat bermakna buat pendidik serta ibu bapa kanak-kanak yang keluar pada tahun lepas iaitu 9 orang. walaupun majlis telah sebulan berlalu, namun kenangan bersama mereka masih tetap terpahat di hati.
Pihak pengurusan PAPN Tambun Tulang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai daripada PERMATA yang sanggup hadir di majlis ini iaitu En Ahmad Faiq,En Shahir, Pn Zaidah yang merupakan wakil daripada Kolej Komuniti,  Pn Salbiah wakil daripada pihak Sk Tambun Tulang serta En Syafiq pengerusi PIBP PAPN Tambun Tulang. Kerjasama yang diberikan sepanjang majlis bagi semua pihak amat dihargai. inilah hasilnya dimana kejayaaan majlis yang diserikan dengan pelbagai ragam oleh kanak-kanak di PAPN ini.
Majlis diadakan pada 5 Disember 2009 di Dewan Hafifi Kolej, Komuniti Arau, Perlis. Walaupun majlis ini tidak segah seperti majlis konvokesyen di universiti serta kolej ternama namun kesannya sungguh bermakna.Dan diharapkan anak-anak ataupun permata yang keluar ini akan tetap terus bersinar selamanya.
"Wish u All the best my dear"

Ahli keluarga PAPN Tambun Tulang merakamkan kenangan pada majlis graduasi ini.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH