Contoh Doa Majlis PAPN Tambun Tulang 2013
Mulakan dengan alfatihah, kemudian teruskan membaca doa,
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami bersyukur kepada-Mu, kerana, mengizinkan kami untuk mengadakan
MAJLIS KONVOKESYEN ANAK-ANAK PERMATA NEGARA TAMBUN TULANG PERLIS bagi tahun 2013
Ya Allah, Ya HAIYU, YA QAIYUM
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis pada hari ini,
Semoga segala usaha kami, bagi mengadakan majlis ini mendapat Keredhaan Mu.
Ya Allah,.. Engkau limpah lah Rahmat Mu, kepada guru-guru dan ibu-bapa yang telah menyumbang khidmat dan bakti mereka di Pusat Permata yang bertuah ini .
Ya Allah, … Kami tadahkan tangan kehambaan kami, mengharapkan Ehsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan usaha kami untuk memberi ilmu manafaat kepada anak-anak kami.
Ya Allah , YA HAIYU YA QAIYUU
Jadikanlah anak-anak yang menerima sijil dan hadiah penghargaan pada hari ini sebagai anak-anak yang bersyukur, di atas pengiktirafan ini.
Ya Allah, jadikanlah, anak-anak kami, anak yang soleh solehah, yang taat pada Mu , taat pada ibubapa mereka.
Ya Allah jadikan anak-anak kami, anak yang kuat berusaha, gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik, peribadi dan sahsiah diri dimasa akan datang.
Ya Allah, kami memohon daripada-Mu, dengan penuh harap agar majlis, pada hari ini, berjalan dengan baik dan lancar
No comments:
Post a Comment