Monday, August 23, 2010

HIASAN SAMBUTAN HARI MERDEKA

Selamat Hari kemerdekaan yang ke 53. Bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara, aktiviti membuat poster telah di adakan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun. Warna latar belakang poster di warnakan dengan menggunakan span di mana mencampurkan 2 warna iaitu warna kuning dan warna merah. Hasil kerja ini di lakukan oleh Aiman, Aniq, Ayubi, Marissa, Natasya, Aisyah, raudah dan Nisreen. kanak-kanak diberikan kebebasan dalam memilih warna dan mewarna huruf-huruf bagi hari kemerdekaan. dengan aktiviti ini akan dapat merangsang daya kreativiti kanak-kanak. Masing-masing cukup bersemangat dalam menghasilkan poster tersebut. hasilnya cukup indah dan kreatif.


No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH