Wednesday, April 14, 2010

SUKAN BERSAMA PERMATA KEPALA BATAS, PULAU PINANG

04.04.2010-  AHAD

Salam buat pengunjung blog Permata Tambun Tulang...
Tarikh keramat, 04.04.2010 hari di mana julung kalinya di adakan aktiviti bersama di antara 2 buah pusat Permata.
Permata Tambun Tulang - Permata Kepala Batas.

Walaupun banyak cabaran yang dihadapi bagi menganjurkan aktiviti bersama ini, namun akhirnya segalanya menjadi kenyataan...Alhamdulillah..
banyak aktiviti yang dijalankan di padang ini. Lihat sahaja gambar-gambar menarik yang dirakamkan..
Terdapat acara yang tidak dapat dirakamkan antaranya ialah menunggang kuda dan musical chair. Almaklum lah jurukamera pun nak join aktiviti ini... Takpe bagi peluang..
Sekalung penghargaan di berikan kepada Ibu bapa serta masyarakat di  kepala batas kerana memberikan respon yang positif kepada pihak daripada Tambun tulang..terima kasih banyak-banyak..
Kerjasama dan usaha dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai...
insyaAllah ada rezeki kite join aktiviti lagi..
Ada satu pantun yang ditujukan untuk Permata Kepala Batas...

Cuaca mendung bertukar panas,
Menandakan acara boleh bermula,
Sukan kali ini di adakan di Kepala Batas,
lain kali buat program tempat kami la pula.

Haaa!!! Ada berani???


Ketika baru tiba di padang .. Jam 9.00 pagi waktu tempatan..
pasukan sorak PAPN Tambun Tulang...Perlis!!!Perlis!!!! terlupa bawa pom pom pulak...rugi-rugi..kalau tak mesti nampak cute je mereka ni kan...tak apa maybe lain kali la..
Bersedia untuk aktiviti...chaiyok!!!! Antara jurulatih-jurulatih bagi aktiviti sukan ini...
Aktiviti membawa belon....Apakah strategi yang Pn
Salina beri kat Tasya tu ye agaknya???segalanya biarlah Rahsia..

Aktiviti mengutip gula-gula beramai-ramai...Ai siap ada plastik lagi nak isi gula-gula ni...semangat betul..jangan lupe share dengan teacher tau..

Aktiviti membawa belon dan mengambil gula-gula dalam tepung. Kanak-kanak permata Tambun Tulang mendapat tempat kedua..


Hadiah  bagi acara "passing ball" kepada kanak-kanak Permata Tambun Tulang di sampaikan oleh ketua pendidik dan pengerusi PIBP Permata Kepala Batas..
Aktiviti semakin jauh semakin sayang..

Amboi semangatnya teacher-teacher penyokong Perlis kat belakang tu..tp sorry la akhirnya pecah gak belon 2..dapat tempat kedua...ok la 2..Punya la baik tangkapan pn Salina sehingga terduduk..

Aktivti memancing botol bagi bapa-bapa mithali..
Hadiah daripada PAPN Kepala Batas Oleh ketua Pendidik cik Nurul mardhiana
Hadiah daripada PAPN Tambun Tulang
Disempurnakan oleh naib pengerusi PIBP Tambun Tulang, Pn Lailatunor Ibarahim...

Penyampaian hadiah bagi aktiviti keluarga...ayah siapkan anak..

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH