Thursday, February 11, 2010

Program Mari Menabung bersama Tabung Haji

11 Febuari 2010 - 2.30 petang - Program Mari Menabung bersama Tabung Haji telah diadakan di PAPN Tambun Tulang ini.. Seramai 3 orang pegawai daripada Tabung Haji telah menjayakan aktiviti ini.. Tujuan utama program ini adalah bagi menggalakkan kanak-kanak menabung bagi masa depan mereka..

Mengapa Tabung Haji yang dipilih??
Ini adalah kerana bagi mendedahkan kepada kanak-kanak satu tabungan yang berunsur islamik serta faedah menabung. Ia juga membolehkan mereka menunaikan haji ataupun umrah pada masa hadapan.. Bukan bertujuan diskriminasi terhadap bank-bank lain namun pilihan Tabung Haji adalah yang terbaik pada pemikiran warga PAPN Tambun Tulang ini. Selain daripada itu adalah kerana ayah kepada kanak-kanak di PAPN ini merupakan pegawai yang berkerja di Tabung Haji ini dan sekaligus menjayakan program ini. Tabungan minimum bagi membuka akaun ialah RM2.00. Mudah dan murah.

Setiap kanak-kanak di PAPN ini digalakkan membuka akaun. Sokongan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Selain daripada kanak-kanak ahli keluarga juga boleh membuka akaun serta membuat potongan gaji. Pendidik juga mengambil peluang membuka akaun serta membuat pemotongan gaji.

Sekalung penghargaan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan hubungan positif ini akan berkekalan.. Insya Allah..

Pegawai daripada Tabung Haji

Mengisi borang ke puan??

Jangan sampai tangan hitam sampai bila-bila sudah lah..hehe..setuju ke nak poligami tu????

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH