18 JUN 2010 3.30 pm
Sambutan hari Bapa dan Majlis Perpisahan teacher Jem telah diadakan pada hari Jumaat tersebut. Aktiviti ini di lakukan adalah bagi menghargai ayah dan juga khidmat teacher Jem di PAPN ini. Seramai 5 orang bapa yang hadir bagi memeriahkan majlis. Kesibukan dan kesuntukan waktu menyebabkan bapa-bapa tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Lebih ramai ibu-ibu yang hadir berbanding bapa-bapa. Majlis di serikan lagi anak-anak menghadiahkan hasil kerja mereka kepada bapa masing-masing. Si bapa malu-malu dan tersenyum simpul semasa menerima cenderahati tersebut. Anak-anak pula begitu teruja dalam memberikan hadiah tersebut. lihat sahaja aksi mereka.
Anyway, semoga hubungan di antara bapa dan keluarga masing-masing berkembang positif dalam menjadikan keluarga yang harmoni...Amin...insyaALLAH..Dan untuk teacher Jem semoga mendapat ilmu yang manfaat semasa mengikuti kursus KPLI tersebut.
SELAMAT HARI BAPA
&
SALAM PERPISAHAN UNTUK TEACHER JEM
Kek yang amat sedap di dedikasikan untuk bapa-bapa tersayang.
Ucapan daripada wakil bapa oleh En Rahim
Cenderamata yang di berikan oleh sajidah kepada bapa tersayang, En Rahim
Bersemangat Naufal memberikan hadiah cenderamata kepada abah, En SaifulAmri
Hadiah yang diberikan oleh Ain kepada abah tersayang, En Nizam
Nabil berlari-lari semasa ingin memberikan cenderamata kepada abah, En Zulhisyam
Begitu teruja sekali..
Acara memotong kek..Malu-malu mereka semasa acara memotong kek di samping para ibu-ibu menyanyikan lagu untuk bapa-bapa..
Its time to eat...
Amboi sedapnya..
Antara hidangan yang di bawa oleh ibu bapa bagi menjayakan majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment