MEMO
Ruj: PAPN(PERLIS) (2 /1)2011
Tarikh : 17/1/2011
Makluman kepada ibu bapa mesyuarat PIBP kali Pertama bagi tahun 2011 akan di adakan pada:
Tarikh: 19 Januari 2011
Masa: 4 Petang
Tempat: PAPN Tambun Tulang
Ibu/bapa/penjaga wajib hadir pada mesyuarat tersebut. Kerjasama daripada ibu bapa adalah amat di harapkan.
Bola yang bulat bergolek laju,
Kalau berbentuk segiempat pasti goleknya lambat,
Kalau ingin PIBP Tambun Tulang Maju,
Tingkatkan prestasi saling bermuafakat….
Sekian terima Kasih….
Yang menjalankan tugas,
………………………………………………
(SITI NORREHANNIA PAIMAN)
Ketua Pendidik PAPN Tambun Tulang
Showing posts with label PIBP. Show all posts
Showing posts with label PIBP. Show all posts
Monday, January 17, 2011
Sunday, August 8, 2010
SAMBUTAN PRA KEMERDEKAAN DAN MENYAMBUT RAMADHAN
02.08.2010
ISNIN
Berikutan menjelangnya ramadhan pihak Permata dan PIBP telah bersetuju untuk mengadakan majlis menyambut Ramadhan dan juga Sambutan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti di adakan di antaranya ialah pertandingan kolaj bendera negeri perlis bagi 3 tahun dan mewarna bendera malaysia bagi umur 4 tahun. Selain itu aktiviti peragaan fesyen yang di hasilkan daripada surat khabar mengikut tema 1 Malaysia.
Nyanyian lagu-lagu patriotik juga di alunkan bersama bagi meningkatkan lagi suasana dan menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan hadirin. Di kesempatan majlis ini juga telah di adakan bacaan Aku janji oleh ibu bapa. ini adalah kerana penglibatan ibu bapa yang semakin merosot. Aktiviti ini di lakukan bagi memberikan motivasi kepada semua ibu bapa bagi melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang di lakukan di Permata. Bacaan doa kesyukuran juga di semprnakan oleh pengerusi PIBP En Surizan bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al- mubarak ini.
Aktiviti menyanyikan lagu-pagu patriotik
Aktiviti membuat pakaian _tema: 1 Malaysia
Dan inilah hasilnya pakaian 1 Malaysia yang di hasilkan mengikut kreativiti ibu bapa...
Sesi penyampaian hadiah
Pertandingan mencipta baju dan logo PIBP Pn Fasihah
pemenang ke 3 pertandingan mewarna jalur gemilang.
-Nisreen -disampaikan oleh pengerusi PIBP En Surizan
pemenang ke 2 Ayubi
pemenang tempat pertama _Afham
Pemenang ke 3 aktiviti kolaj bendera
-Ain_ hadiah disampaikan oleh Naib pengerusi Pn lailatulnur
Pemenang ke 2 - Afiq-
Pemenang pertama - Akif-
pemenang acara peragaan pakaian ke 3 Musfirah hadiah di sampaikan oleh cik Marzaini
tempat pertama - Aisyah- disampaikan oleh Pn jamilah
Tempat ke 2- Nisreen hadiah di sampaikan oleh teacher Lin
Acara makan-makan santai di luar PAPN di temani angin sepoi-sepoi memang syok.. sila jemput makan..
Thursday, June 24, 2010
SAMBUTAN HARI BAPA DAN MAJLIS PERPISAHAN TEACHER JEM
18 JUN 2010 3.30 pm
Sambutan hari Bapa dan Majlis Perpisahan teacher Jem telah diadakan pada hari Jumaat tersebut. Aktiviti ini di lakukan adalah bagi menghargai ayah dan juga khidmat teacher Jem di PAPN ini. Seramai 5 orang bapa yang hadir bagi memeriahkan majlis. Kesibukan dan kesuntukan waktu menyebabkan bapa-bapa tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Lebih ramai ibu-ibu yang hadir berbanding bapa-bapa. Majlis di serikan lagi anak-anak menghadiahkan hasil kerja mereka kepada bapa masing-masing. Si bapa malu-malu dan tersenyum simpul semasa menerima cenderahati tersebut. Anak-anak pula begitu teruja dalam memberikan hadiah tersebut. lihat sahaja aksi mereka.
Anyway, semoga hubungan di antara bapa dan keluarga masing-masing berkembang positif dalam menjadikan keluarga yang harmoni...Amin...insyaALLAH..Dan untuk teacher Jem semoga mendapat ilmu yang manfaat semasa mengikuti kursus KPLI tersebut.
SELAMAT HARI BAPA
&
SALAM PERPISAHAN UNTUK TEACHER JEM
Kek yang amat sedap di dedikasikan untuk bapa-bapa tersayang.
Ucapan daripada wakil bapa oleh En Rahim
Cenderamata yang di berikan oleh sajidah kepada bapa tersayang, En Rahim
Bersemangat Naufal memberikan hadiah cenderamata kepada abah, En SaifulAmri
Hadiah yang diberikan oleh Ain kepada abah tersayang, En Nizam
Nabil berlari-lari semasa ingin memberikan cenderamata kepada abah, En Zulhisyam
Begitu teruja sekali..
Acara memotong kek..Malu-malu mereka semasa acara memotong kek di samping para ibu-ibu menyanyikan lagu untuk bapa-bapa..
Its time to eat...
Amboi sedapnya..
Antara hidangan yang di bawa oleh ibu bapa bagi menjayakan majlis tersebut.
Thursday, May 27, 2010
SAMBUTAN HARI GURU
20 MEI 2010 - 4.00 PM
Sambutan Hari Guru telah di adakan pada tarikh tersebut di mana pengurusan majlis telah di kendalikan oleh ibu bapa sepenuhnya. Ini adalah merupakan satu penghargaan besar kepada pendidik dan pekerja di Pusat Anak Permata Tambun Tulang ini. Terima kasih di ucapkan kepada semua ibu bapa di atas sambutan yang telah dilakukan.
Kek yang amat menarik dan sedap..
Di antara makanan yang di sediakan oleh ibu bapa bagi sambutan Hari Guru ini.
Di antara wajah-wajah ibu bapa yang menghadirkan diri.
Pendidik dan pembantu pusat yang di raikan..
Dr kiri teaceher Jam, Marzaini, teacher ct dan teacher hani.
Teacher Fir cuti pada hari tersebut
Pendidik praktikal yang turut diraikan..
Hadiah yang di sampaikan oleh pengerusi PIBP En Surizan
Hadiah daripada ibu bapa. Di antara hadiah yang sempat dirakamkan..
Terima kasih di ucapkan kepada semua.
Anak-anak bermain lari-lari,
Ada juga yang berjalan kaki,
Terima kasih banyak-banyak daripada kami,
InsyaALLAH kami ikhlaskan hati dalam berbakti.
Amin..
Subscribe to:
Posts (Atom)