Friday, June 25, 2010

KEMURUNGAN DI KALANGAN KANAK-KANAK

Pengenalan
Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini.


Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.


Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari:

1)Pengalaman tekanan perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga.


2)Pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat.


3)Keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan


4)Mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak.


5)Gangguan kemerosotan hyperaktif


6)Gangguan dalam pembelajaran


7)Gangguan kekusutan (anxiety)


8)Penderaan


9)Gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku


Apakah tanda-tanda kemurungan?

Perubahan boleh ditunjukan dalam

1)Kelakuan


2)Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan


3)Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan


4)Terpinggir / terasing


5)Marah dan suka bermusuh


6)Hubungan yang tegang


7)Kerapkali tidak hadir ke sekolah


8)Hendak lari dari rumah


Kelakuan yang merosakkan diri sendiri

1)Perasaan /Emosi/Pemikiran


2)Perasaan tidak puas hati


3)Kurang tumpuan


4)Kurang keyakinan diri


5)Rasa diri tidak berguna


6)Bosan


7)Tertekan kerana disingkir


8)Cepat marah


9)Perubahan Fizikal


10)Kurang tahap tenaga kecerdasan


11)Perubahan masa tidur atau makan


12)Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya


13)Perubahan berat badan


Bilakah seseorang itu perlukan bantuan?

Adalah dinasihatkan untuk mendapat bantuan bila:


1)Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri


2)Kanak-kanak mengalami ketidak seronok yang berterusan


3)Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian



Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain?

Kemurungan dalam kanak-kanak boleh menbawa kepada;
1)Gangguan dalam proses tumbesaran


2)Gangguan dalam fungsi seperti


3)Proses pembelajaran


4)Menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru.


5)Masalah gangguan tingkah laku yang serius.


6)Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah.


7)Mencederakan diri sendiri


8)Risiko membunuh diri


Bolehkah kita berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak sedemikian?


Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak.


Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini.


Berlajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yang betul. Terapkan kepercayaan diri sendiri


Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya.


Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif


Kaunseling juga mustahak untuk

Perseorangan


Keluarga


Sekolah


Ubat mengawal tekanan perasaan akan diberikan oleh Pakar Psikiatri


Dapatkah kemurungan dielak?

Banyak cara dapat dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak seperti :
Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif


Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah


Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.


Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik


Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH