Monday, June 14, 2010

PUZZLE


Aktiviti puzzle amat digemari oleh kanak-kanak di Pusat Permata ini.. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat meningkatkan daya pemikiran logik mereka dan juga pra- matematik. Walaupun kadang-kadang cantuman mereka tidak menjadi namun usaha yang di tunjukkan oleh mereka amat baik sekali. Aktiviti ini di jalankan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun.Cantuman buah-buahan seperti strawberry, limau dan juga tembikai. Bagi kumpulan kecil lain pula mereka berpeluang membuat puzzle mereka sendiri. Proses daripada mewarna, menampal dan juga menggunting menjadi bahagian-bahagian kecil. Peningkatan sosioemosi mereka dapat dilihat apabila mereka berjaya mencantumkan puzzle tersebut sambil berkata: "Musfirah dapat buat teacher, kawan-kawan Musfirah dapat buat ni". sambil menunjukkan ke arah cantuman tersebut..Bukan main lebar lagi senyumannya dan mengharapkan pujian daripada teacher.



Aisyah yang cuba mencantumkan gambar limau...bersungguh betul nampaknya..


3 orang ni pulak memerhatikan pendidik menunjukkan cara mencantum puzzle buah tembikai sebelum mereka di benarkan mencantumkan puzzle tersebut. Bukan main khusyuk lagi.


Ini Aniq, cuba mencantumkan gambar strawberry..
setelah mencuba beberapa kali akhirnya Aniq berjaya juga.

Masing-masing cuba mencantumkan puzzle buah-buahan
Bagi kumpulan ini pula mereka membuat puzzle mereka sendiri.
Dengan cara ini mereka akan dapat pengalaman dalam penghasilan puzzle dan lebih menghargai puzzle yang dihasilkan oleh mereka sendiri.


No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH