Majlis Penyampaian sijil dan persembahan akhir PAPN Tambun Tulang 6 Dis 2013. Majlis yang meriah ini di adakan pada jam 3 petang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kangar.
Majlis di rasmi oleh Timbalan SU Kerajaan Negeri Perlis, YB En Zulkafli, Turut hazir guru besar sek keb Tambun Tulang, wakil Jabatan Pendidikan bahagian Pra Sekolah, ibubapa dan tetamu yang di jemput.
Tahun ini Permata Tambun Tulang mendapat pencapaian terbaik, dengan mendapat tempat pertama bagi Permata Negeri Perlis. Ini akan mendorong kami para pendidik menambah khidmat bakti kepada anak anak di sini.
Gambar majlis Majlis Penyampaian sijil dan persembahan akhir PAPN Tambun Tulang 6 Dis 2013
Showing posts with label papn tambun tulang. Show all posts
Showing posts with label papn tambun tulang. Show all posts
Friday, December 6, 2013
Tuesday, January 12, 2010
konvokesyen 2009
MAJLIS GRADUASI PAPN
Majlis graduasi yang julung kalinya diadakan di PAPN Tambun Tulang ini amat bermakna buat pendidik serta ibu bapa kanak-kanak yang keluar pada tahun lepas iaitu 9 orang. walaupun majlis telah sebulan berlalu, namun kenangan bersama mereka masih tetap terpahat di hati.
Pihak pengurusan PAPN Tambun Tulang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai daripada PERMATA yang sanggup hadir di majlis ini iaitu En Ahmad Faiq,En Shahir, Pn Zaidah yang merupakan wakil daripada Kolej Komuniti, Pn Salbiah wakil daripada pihak Sk Tambun Tulang serta En Syafiq pengerusi PIBP PAPN Tambun Tulang. Kerjasama yang diberikan sepanjang majlis bagi semua pihak amat dihargai. inilah hasilnya dimana kejayaaan majlis yang diserikan dengan pelbagai ragam oleh kanak-kanak di PAPN ini.
Majlis diadakan pada 5 Disember 2009 di Dewan Hafifi Kolej, Komuniti Arau, Perlis. Walaupun majlis ini tidak segah seperti majlis konvokesyen di universiti serta kolej ternama namun kesannya sungguh bermakna.Dan diharapkan anak-anak ataupun permata yang keluar ini akan tetap terus bersinar selamanya.
"Wish u All the best my dear"
Ahli keluarga PAPN Tambun Tulang merakamkan kenangan pada majlis graduasi ini.
Tentang kami...
Pusat Anak Permata Negara Tambun Tulang (PAPNTT) merupakan satu-satunya Pusat PERMATA yang dibuka di negeri Perlis setakat ini. Bangunan PAPNTT pada asalnya adalah sebuah dewan serbaguna dan telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Anak Permata Negara.
PAPNTT telah dibuka pada 10 Disember 2007 dan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.Seramai 19 orang kanak-kanak telah menyertai PAPNTT pada tahun 2007 dan bilangannya telah meningkat ke 25 orang pada tahun 2009. Pusat ini telah diterajui oleh 7 orang pendidik yang terlatih dan berdedikasi. Perjawatan terkini adalah 4 pendidik serta 1 pembantu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

