Showing posts with label PEMANTAUAN. Show all posts
Showing posts with label PEMANTAUAN. Show all posts

Thursday, June 24, 2010

PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK NAZIR

21 - 22 JUN 2010
Seawal 7.40 pagi nazir telah menjejakkan kaki di PAPN Tambun Tulang.Penaziran ini berlangsung selama 2 hari. Tujuan penaziran ini adalah bagi memastikan keberkesan program permata daripada pelbagai aspek iaitu Pendidik, kanak-kanak dan juga ibu bapa. Perlaksaan di taska ini di nilai terutamanya teraju utama Permata iaitu pendidik. tahap profesinalisme dalam menjalankan tanggungjawab di Permata ini dinilai dan juga dalam aspek keperibadian. Setiap aktiviti di dalam PAPN ini di ambil berat oleh nazir- nazir tersebut. Selain itu juga dalam aspek terhadap pengurusan  dan juga pembelajaran kanak-kanak di nilai. Bagi ibu bapa terdapat beberapa ibu bapa yang diberikan soal selidik terhadap keberkesanan program Permata. Setiap perkembangan kanak-kanak dan juga potensi mereka di lihat bagi memperolehi keberkesanan program yang di jalankan.
 sekalung penghargaan di ucapkan kepada En Azman dan juga En Aziz yang banyak memberikan komen membina dalam usaha memantapkan lagi pengurusan dan juga perlaksanaan program Permata ini. Mudah-mudahan dengan komen yang di berikan akan dapat memacukan hala tuju kami ke arah yang lebih positif. InsyaAllah segala teguran dan komen akan di ambil tindakan dalam kadar segera.

En Noor Azman Hanif (Perak) dan En Abd Aziz Tajudin (Perlis)

Bergambar kenangan bersama kanak-kanak di PAPN.

Tuesday, February 9, 2010

PEMANTAUAN DARIPADA PIHAK UPSI (NCDRC)

ISNIN, 8 FEBUARI 2010 – 1.30 petang, Dato Aminah Ayob dan Dr Mahani telah datang melawat ke PAPN Tambun Tulang. Tujuan lawatan adalah bagi mengumpul mendapatkan info PAPN sepanjang pembukaan daripada 2007 sehinggalah tahun 2010 ini serta bagi mengetahui keberkesanan kurikulum PERMATA terhadap kanak-kanak di sini.


Banyak perkara yang dikongsi bersama terutamanya dalam memastikan kelancaran operasi di PAPN ini. Sekalung penghargaan di ucapkan kepada Dato Aminah dan Dr Mahani kerana berkesempatan melawat PAPN ini. Segala komen yang membina akan di ambil bagi memajukan PAPN Tambun Tulang ini.




Pendidik sempat merakamkan gambar kenangan bersama.


Dari kiri (teacher Jamilah, Dr Mahani, techer Fir, Dato Aminah, Teacher Hani dan Teacher siti



                                         Jamuan ringkas

NAME'S OF ALLAH