Showing posts with label LAWATAN. Show all posts
Showing posts with label LAWATAN. Show all posts

Friday, October 29, 2010

LAWATAN DARIPADA WAKIL UUM




Pada 21.10.2010, 3 orang wakil daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah datang ke Permata Tambun Tulang bagi menjalankan penyelidikan mengenai Permata. Banyak idea dapat di kongsi bersama dalam menambah baik Permata ini. Selain itu pertukaran idea dalam bahagian pengurusan PAPN juga turut dikongsi bersama. Terima kasih di ucapkan kepada wakil daripada UUM ini. Di harapkan akan ada lagi kerjasama yang erat berlangsung selepas ini. InsyaAllah..




Dari kiri Prof Madya Dr Zahyah Hanafi, Prof Nena P Valdez dan Pn Fahainis Mohd Yusof



Tuesday, July 20, 2010

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN AWAM ARAU

Lawatan ke perpustakaan Arau telah di adakan pada 6 dan 7 hb julai. lawatan diadakan selama dua hari di mana terdapat dua kumpulan yang berasingan. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada umur 3 tahun dan 4 tahun. Hari pertama kanak-kanak di bawah jagaan teacher hani dan teacher lin. Pada 7 hb kanak-kanak di bawah jagaan teacher fir dan teacher ct telah berpeluang melawat perpustakaan ini. Program lawatan bermula seawal 9.00 pagi sehingga 11.30 tengah hari. Pihak perpustakaan telah datang menjemput kanak-kanak menggunakan van milik perpustakaan. Keceriaan dan keterujaan kanak-kanak dapat dilihat melalui pergerakan dan juga daripada air muka mereka. Terima kasih daun keladi di ucapkan kepada pihak perpustakaan Arau kerana mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak permata ini. Antara aktiviti yang di jalankan ialah membina huruf-huruf menggunakan doh, membaca buku, bermain pelbagai permainan serta melawat rusa yang milik jabatan haiwan yang bersebelahan dengan perpustakaan ini. Terdapat juga ibu bapa yang mengikuti lawatan ini. tahniah di ucapkan kepada ibu-ibu yang dapat memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti ini. Ucapan terima kasih juga dirakamkan bagi cenderahati yang diberikan kepada kanak-kanak. Moga aktiviti yang positif ini akan dapat berterusan bagi menjamin proses perkembangan yang baik. insyaALLAH.

Berikut adalah merupakan detik-detik semasa berada di Perpustakaan yang sempat dirakamkan.


Wednesday, March 24, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN - KLINIK SIMPANG 4


Pemeriksaan kanak-kanak adalah amat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. ini adalah bagi memastikan perkembangan kanak-kanak mengikut perkembangan yang positif berdasarkan tahap umur mereka. Terutamanya dari aspek berat, tinggi dan kesihatan dalaman kana-kanak.
Usaha dalam menjalankan aktiviti ini amat di hargai.
Antara aktiviti yang dijalanjan ialah pemeriksaan seluruh badan dan juga mata. Pemeriksaan terhadap mata kanak-kanak baru diperkenalkan. ini adalah kerana pemeriksaan ujian tahap penglihatan tidak pernah dilakukan sebelum ini. Melalui ujian ini kita dapat melihat ketepatan penglihatan mata dan juga koordinasi di antara mata dan tangan.







Antara staff klinik simpang 4 yang hadir bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak di PAPN ini.


Penelitian terhadap buku rekod perkembangan kanak-kanak sebelum di periksa.



Pemeriksaan terhadap mata di mana kanak-kanak di arahkan menunjukkan kad mengikut gambar yang ditunjukkan. Huruf adalah huruf E.




Pemeriksaan terhadap keseluruhan anggota badan bagi memastikan kanak-kanak tiada masalah dalam perkembangan mereka..

Thursday, March 18, 2010

Tengok2...Tinjau2

Sekali lagi PAPN Tambun Tulang menerima kedatangan
Datin Seri Dato Hajah Shamsiah M. Yassin,Naib Ketua Wanita UMNO, Bahagian Arau.
Datin Seri begitu prihatin dan sudi meluangkan masa bagi meninjau aktiviti dan bersama-sama merancang program yang dapat meningkatkan lagi perkembangan awal kanak-kanak.
Kerjasama positif yang diberikan amat dihargai dan diharapkan ianya akan berterusan..


 


Tuesday, March 2, 2010

SINGGAH SEKEJAP...NCWO.


Emh..Dr Rokiah! Which one do you like?...I think the bigger one is suitable for you....
No..No.. Dato Ramani, i cannot take the presents because i like the balloons very much...can you take one for me!!!! Please....
Wake up! Time to take a bath...


That's ok....continue your sleeping my childrens...
Do you want to sleep here Dato...we can share this bed together....Wargh! I'm really tired....Come on! What are you waiting for????? Don't be shame...Oh...home sweet home...
(lawak je tiada kena sama ada yang hidup ataupun yang mati (^_^)

Anyway TQ for coming. Banyak pesanan dan juga saranan yang diberikan kepada kami.. Banyak juga idea-idea yang dikongsi bersama dalam memajukan PAPN Perlis ni...Di harapkan akan ada lagi susulan lawatan yang dapat meningkatkan lagi kerjasama di antara kedua pihak... Sekian....

Wednesday, February 24, 2010

Pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Klinik Kesihatan Arau Perlis



 22 Februari 2010- ISNIN


Pertunjukan Boneka oleh staf klinik pergigian....Wah! Lucu dan menghiburkan..


Penerangan berkaitan Panduan penjagaan kesihatan mulut kanak-kanak bersama ibu bapa oleh Dr Hani


Bukan main khusyuk lagi anak2 menonton ye...amboi Pn Rosnorlia ( ibu Nabil ) pun menonton juga,tiket free lah katakan....



Klinik Pergigian turut mengadakan Pertandingan Mewarna...
Siapa menang boleh dapat berus gigi baru..ditaja oleh COLGATE...Amacam?? Ada berani??....



1,2,3...4,5..Tak pa Pn Shafarizan cuma 5 batang gigi Nur Sajidah yang rosak..
Jangan bimbang ye puan...lepas ni tak boleh la beli gula2, beli gula untuk minum petang boleh...


Wah!! Lepas ni ramai la anak2 PAPN Tambun Tulang menjaga kesihatan gigi..
Almaklumlah...takut sangat nak buka mulut bila jururawat tu nak buat pemeriksaan..




Eh..Eh..Pn Shafarizan masih lagi mendapatkan khidmat penjagaan gigi sihat daripada Sister..
Lepas ni berkilat2 la lagi gigi Nur Sajidah...Aduh!!! Silau laaa..


Alah sayang..buka mulut sikit,,nanti abang baju putih nyanyi lagu " Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, senyum lah dari hati, senyuman mu berseri"...itu pun berseri la kalau mahu jaga kesihatan gigi..



Anak2 sedang menunggu hon dibunyikan bagi memulakan aktiviti memberus gigi....


1,2,3....PON!!! Mula....Eh..Eh..mana aci misi tolong beruskan..ni kalau menang pun..teacher yang dapat hadiah!!!


Ikah, Nisreen, Musfirah dan Afham.. siapakah yang akan menang?
Nampaknya Musfirah berusaha bersungguh2 untuk berjaya,,,Anak Teacher Ct lah katakan..penuh semangat waja macam teacher dia juga..Musfirah! Aik! kenapa makin nak terpejam tu?...Buka mata luas2...tengok saingan yang ada!





Sesi fotografi bersama Staf KK Spg Empat, pendidik permata dan ibu bapa yang hadir...




















Terima kasih daun keladi..kalau boleh datanglah lagi....

Friday, February 12, 2010

Turun Padang




12 Febuari 2010..1.15 p.m
Lawatan singkat  Datin Seri Dato Hjh Shamsiah M.Yassin, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau dan Pn.Melisia, Penyelaras Taska Kemas Negeri Perlis.


Proses perbincangan penglibatan sepanjang tahun 2010 antara PAPN Perlis dan masyarakat setempat.


Datin Seri meneliti Takwim PAPN Tambun Tulang 2010.


Menandatangani buku pelawat...Terima kasih atas komen yang telah diberikan.


Datin Seri memberi kata2 semangat kepada pendidik untuk terus berjuang dan berkorban masa demi melahirkan modal insan, bakal pemimpin negara di masa akan datang.

NAME'S OF ALLAH