Thursday, March 25, 2010

GOTONG ROYONG

Aktiviti yang sangat digemari kanak-kanak di PAPN ini adalah bermain sabun dan air. Apabila diadakan aktiviti mencuci pondok dan katil bukan main teruja lagi mereka. Almaklum lah boleh main air dan sabun sambil simbah-simbah rakan lain sambil berus katil dan cuci pondok. Banyak perkara yang boleh diterapkan dalam aktiviti ini terutamanya daripada aspek menjaga kebersihan. Kepentingan menjaga aspek kebersihan bukan hanya ditekankan kepada kebersihan diri malahan kepada barang-barang kepunyaan mereka sendiri.
Diharapkan dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak di PAPN ini akan dapat mempraktikkannya di rumah dan juga di persekitaran mereka. InsyaALLAH sama-samalah kita berdoa untuk melahirkan modal insan yang terbaik di antara yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

NAME'S OF ALLAH