Salam..
Bersua kembali. Di sini ingin dikongsi bersama kenangan dan juga pengalaman mendidik anak-anak kecil yang semua tahu belum mengenali dan memahami banyak benda. Apa yang dikata pasti dituruti. itulah yang dinamakan pemikiran belum menginjak dewasa di mana masih belum ada kuasa untuk membuat keputusan.
Indahnya zaman kanak-kanak.Jika boleh masa diputar kembali teringin rasanya nak sekolah di PERMATA. Bila ditanya pada anak kecil seronok tidak di PERMATA?? Dengan pantas menjawab "Syok, ada kawan-kawan, mandi kolam, tgok cd.Best.." Emm.. sedangkan kami pendidik merasa indah dan tenang berada di PERMATA dengan aksi dan keletah si manja apa lagi mereka. Bila difikirkan kembali memang penat. Melayan kerenah anak kecil, namun merasa terubat apabila melihat senyuman mesra mereka dengan memanggil "teacher..teacher nak colour".Ai rasa nak cubit sahaja pipi mungil mereka.
Jika diperhatikan mendidik anak yang dewasa amat berbeza berbanding dengan mendidik anak kecil. Perhatian dan juga dorongan amat diperlukan bagi membina keyakinan dalam diri mereka.
Bertindaklah secara positif dalam menangani masalah dan jangan sesekali memperlekehkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut serta memberikan hukuman secara drastik. Dan yang terpenting memperlekeh fizikal mereka. Ei Ahmat pendek!!tengok kawan-kawan lain tinggi".cuba perhatikan reaksi kanak-kanak tersebut. Sudah pastinya harga diri mereka rendah walhal mereka belum lagi faham berkaitan harga diri mereka.Oleh itu fikir-fikirkanlah dan bentuklah serta gilap "PERMATA" tersebut supaya bersinar selamanya.
Moga ringkasan ini dapat memberikan manfaat bersama.. (^_^)
Alhamdulillah..moga semua pendidik tanamkan keikhlasan dalam mendidik,sentiasa memperbaiki mutu pembelajaran,meningkatkan ilmu semasa,insya'ALLAH..matlamat PERMATA akan tercapai dengan jayanya..FaiQ
ReplyDeleteInsyaAllah..mudah-mudahan usaha kita bersama akan melahirkan generasi yang berketerampilan dan dapat memacukan negara ke arah positif
ReplyDelete